saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/06/2009

Ramasamy diselar buat kenyataan berbaur ugutan

PULAU PINANG 13 Jun - Pemuda UMNO Bahagian Tanjung semalam menyelar kenyataan berbaur ugutan yang dibuat Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy kepada pemaju perumahan Kampung Buah Pala di sini, baru-baru ini.

Ketua Pemudanya, Jeffri Salim berkata, sebagai seorang yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini, beliau tidak sepatutnya memberikan amaran begitu sebaliknya membantu menyelesaikan masalah penduduk kampung.

Pada masa sama, menurutnya, tindakan Ramasamy membuat kenyataan ugutan itu seolah-olah mahu mengalihkan tumpuan penduduk kampung tersebut terhadap janji partinya untuk menyelesaikan masalah di situ yang dibuat sebelum ini.

''Apabila membaca kenyataan Ramasamy dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris baru-baru ini, kami rasa macam beliau mengugut pemaju yang hendak jalankan kerja mereka di kawasan itu.

''Beliau tak patut cakap macam itu, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini pun banyak berhadapan dengan masalah membabitkan kampung setinggan tapi tidaklah sampai hendak ugut atau cari salah pihak lain.

''Ramasamy sengaja mahu alihkan tumpuan rakyat kerana sebelum pilihan raya umum lalu mereka berjanji akan selesaikan masalah penduduk di situ tapi hingga hari ini tak ada apa pun," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Kelmarin, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, Ramasamy memberi amaran kepada pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala untuk tidak datang ke kampung tersebut dengan jentolak.

Sebaliknya, beliau meminta Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd. dan Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. untuk mencari jalan lain bagi menyelesaikan isu pertikaian tanah di kampung tersebut.

Namun pada 9 Jun lalu, beberapa wakil persatuan penduduk kampung itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung dakwaan penyelewengan pengambilan tanah di kampung tersebut.

Setiausaha persatuan itu, C. Tharmaraj berkata, lot tanah Kampung Lorong Buah Pala telah dihuni penduduk di situ sejak 100 tahun lalu oleh pemegang tanah, Statutory Land Grant di atas nama Helen Margaret Brown.

Beliau berkata, suami Helen, David Brown telah membenarkan mereka menetap di atas tanah berkenaan untuk selama-lamanya tanpa sebarang masalah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.