saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 15/06/2009

Kaymarine serah dua feri RM2 juta

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Syarikat pembuat kapal tempatan, Kaymarine Sdn. Bhd. menjangka menyerahkan dua feri jenis ponton untuk kegunaan program Island Hopping di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada Khamis ini.

Pengerusi syarikat itu, Datuk W. Md. Albakri Md. Noor berkata, feri sepanjang 14 meter itu yang mula dibina pada awal tahun ini, telah siap dibina dalam tempoh enam bulan.

Menurut beliau, kos pembinaan dua buah feri tersebut menelan belanja sebanyak RM1.8 juta.

Katanya, feri tersebut mampu membawa 66 penumpang termasuk pemandu bot.

''Kita menjangka menyerahkan dua buah feri tersebut kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dalam masa yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tahun lepas, kerajaan negeri mengumumkan akan melaksanakan program Island Hopping Tasik Kenyir yang menyaksikan para pelancong dapat melawat 10 buah pulau berkonsepkan taman tema di tasik buatan manusia tersebut.

W. Md. Albakri berkata, pembinaan bot tersebut adalah mengikut reka bentuk yang dicipta oleh syarikat itu sendiri.

Beliau menambah, pihaknya akan menguji bot tersebut di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir selama empat hari bermula hari ini.

''Antara yang akan diuji ialah kelajuannya sama ada ia mampu mencapai 15 knots dengan membawa muatan penuh," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.