saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 17/06/2009

Persembahan Air Supply masih bertenaga


Hebat... Persembahan Russell Hitchcock (kanan) dan Graham Russell pada Konsert Air Supply di Kuala Lumpur, malam tadi. - Utusan/ RASHID MAHFOF


KUALA LUMPUR 16 Jun - Aura kumpulan duo terkenal Australia, Air Supply ternyata masih belum pudar biarpun sudah 35 tahun berkecimpung dalam lapangan seni.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran lebih 1,000 peminat setia mereka yang hadir menyaksikan persembahan mereka, Air Supply Live In Kuala Lumpur yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.

Malah, tiket paling mahal untuk persembahan iaitu RM498 habis dijual dalam masa yang singkat.

Dalam meniti usia awal 60-an, Air Supply yang dianggotai Russell Hitchcock selaku vokalis dan Graham Russell sebagai pemain gitar serta vokalis membuktikan mereka masih lagi mampu beraksi dengan penuh bertenaga dalam persembahan yang memakan masa selama satu jam 45 minit.

Ternyata, lagu-lagu klasik dan malar segar dendangan mereka masih lagi mendapat sambutan dan rata-rata peminat yang hadir dilihat menyanyi bersama-sama dengan kumpulan itu.

Antara lagu dendangan mereka yang mendapat tepukan gemuruh pada persembahan itu ialah Making Love Out Of Nothing At All, Lost In Love, All Out Of Love selain daripada tiga lagu baru mereka iaitu Faith In Love dan A Little Of Everything.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan yang tidak pernah berbelah bagi terhadap kami selama ini. Andalah kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan dalam bidang seni ini," kata Hitchcock sambil disokong oleh Russell.

Terlebih dahulu, hadirin dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Tony Warren yang mendapat jolokan sebagai Tom Jones Malaysia.

Air Supply tiba di ibu negara semalam dan sempat beramah mesra bersama media tempatan selama setengah jam.

Kehadiran mereka ke Malaysia adalah bersempena dengan konsert jelajah Air Supply dan juga rangka promosi awal album terbaru mereka, Mumbo Jumbo yang akan dilancarkan pada bulan September ini.

Sebelum ini, kumpulan itu pernah mengadakan persembahan di Genting Highlands beberapa kali dan setiap kali datang ke negara ini, persembahan mereka pasti mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat setia.

Air Supply mula ditubuhkan pada tahun 1974 namun, mula mencipta populariti awal 80-an menerusi album pertama mereka berjudul Air Supply.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.