saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/06/2009

Fitnah burukkan imej PM


PERPADUAN yang terjalin antara pemimpin dan rakyat pelbagai kaum di negara ini tidak seharusnya dibiarkan berkecai hanya disebabkan oleh fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mahu menggugat kestabilan negara.


KEMAMPUAN konsep Satu Malaysia, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" ternyata menimbulkan kegelisahan kepada pihak-pihak tertentu. Mereka bimbang ia mengukuhkan kembali sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, pihak-pihak berkenaan berusaha melakukan apa sahaja termasuklah memfitnah dan membuat tohmahan agar konsep itu ditolak oleh rakyat. Pada masa yang sama ia akan memberi keuntungan politik kepada pihak-pihak berkenaan.

Berikutan keadaan itu, rakyat dari semasa ke semasa akan terus dihidangkan dengan lemparan-lemparan fitnah terhadap kerajaan terutamanya Najib bagi memburukkan beliau. Terbaru dalam laman web Wikipedia iaitu sebuah ensiklopedia bebas, "pihak-pihak tertentu" itu telah melakukan perbuatan jahat apabila menyunting laman web berkenaan dengan memasukkan fakta berbaur fitnah ke atas Perdana Menteri.

Antara lain, pihak tersebut yang memetik rencana tulisan Chin Huat Wong berjudul "The Political Revival of Malaysia's Anwar" dalam Asia Times Online. Artikel itu mendakwa pada 1987, ketika menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dalam satu ucapan di mana beliau bersumpah untuk "memandikan keris dengan darah kaum Cina".

Tanpa mempedulikan sama ada tulisan itu benar atau tidak, pihak yang menyunting laman web berkenaan memasukkan fakta yang sengaja direka itu bagi memburukkan Perdana Menteri. Melalui cara demikian mereka berharap, ia akan menjejaskan imej Najib di kalangan rakyat berketurunan Cina di negara ini. Sekali gus ia menggambarkan seolah-olah konsep Satu Malaysia hanyalah retorik politik.

Serangan yang boleh dianggap "pembunuhan karakter" itu tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia bukan sahaja boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini malah memburukkan nama Perdana Menteri menerusi fitnah seperti itu.

Laman web yang memuatkan biodata Najib itu boleh dibaca dalam 16 bahasa.

Persoalannya, apakah motif di sebalik kerja jahat berkenaan? Kenapakah perlu fakta yang tidak benar dan boleh mengapi-apikan semangat perkauman itu disebarkan melalui laman web tersebut?

Sememangnya kita tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab dalam soal ini. Tetapi apa yang pasti, ia bermotif jahat. Ia bertujuan mencemarkan nama Najib yang pada masa ini dilihat bersungguh-sungguh menyatukan seluruh rakyat di bawah satu kepimpinan.

Najib menekankan soal konsep Satu Malaysia kerana mahu rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, bersatu memajukan negara.

Semua pihak harus mengakui bahawa dari semasa ke semasa, konsep ini semakin diterima oleh rakyat, biarpun ada pihak cuba membuat pelbagai tafsiran terhadap konsep itu.

Tetapi malangnya, ada pihak yang iri hati sehingga sanggup mereka-reka kenyataan yang sepanjang pengetahuan kita tidak pernah dizahirkan oleh Najib pada tahun tersebut.

Malah Najib sewaktu sidang Dewan Rakyat kelmarin menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bahawa beliau telah menghunus keris seraya mengatakan tidak akan menyarungkan kembali melainkan setelah dibasahi oleh darah Cina. Karpal turut meminta Najib memohon maaf kerana mengeluarkan 'kenyataan' tersebut.

Najib sebaliknya menegaskan: "Insiden itu (hunus keris) tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi Karpal yang patut meminta maaf."

Justeru itu, adalah tidak wajar jika ada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya memetik kandungan rencana yang faktanya tidak tepat untuk dimasukkan ke dalam lama web Wikipedia berkenaan.

Apa pun, perbuatan terbaru itu sudah menampakkan dengan jelas kecenderungan sesetengah pihak yang cuba bermain dengan sentimen perkauman. Mereka bukan sahaja cuba melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum di negara ini, malah cuba melaga-lagakan pemimpin tertinggi negara dengan kaum Cina.

Bagi puak yang bersikap perkauman tersebut, soal sama ada Najib menafi atau menjelaskan kedudukan sebenar tidak akan menjadi perkiraan. Malah kita tidak boleh mengharapkan mereka memperbetulkan fakta itu kerana orang yang berniat jahat akan sentiasa memberi alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah pihak polis perlu menjalankan siasatan bagi mengesan siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu.

Perbuatan mengemaskini Wikipedia dengan memasukkan fakta yang tidak betul mengenai kepimpinan negara adalah perbuatan yang tidak boleh dibiarkan kerana ia mampu memberikan kesan yang buruk kepada negara.

Pihak-pihak yang terlibat perlu disiasat dan kemudiannya didakwa di bawah Akta Hasutan. Dalam soal ini, kerajaan tidak harus takut dengan tekanan mana-mana pihak terutamanya puak yang kononnya sejak selepas pilihan raya umum tahun lalu cuba menjadi jaguh kepada sesuatu kaum.

Dakwaan bahawa Najib pernah mengeluarkan kenyataan akan membasahkan keris dengan darah kaum Cina adalah satu perbuatan yang cukup berbahaya. Ia boleh membangkitkan perasaan benci dan marah kaum tersebut kepada Perdana Menteri. Kalau pun pihak-pihak tertentu berbuat demikian demi kepentingan politik mereka tetapi isu perkauman bukanlah perkara yang boleh dijadikan sandaran.

Justeru dalam soal ini, ketegasan pihak berkuasa amat dituntut bagi memastikan pihak bertanggungjawab menerima pembalasan terhadap perbuatan gila tersebut.

Jika tiada tindakan diambil, kita bimbang suatu hari kelak lama web tersebut akan menjadi platform kepada pihak-pihak yang tidak waras itu untuk terus memasukkan fakta-fakta berbaur perkauman sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

Atas sebab itulah, fitnah yang disebarkan dalam Wikipedia itu perlu dibanteras habishabisan. Walaupun kerajaan membenarkan kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat, ia bukanlah bermaksud kebebasan itu boleh disalahgunakan.

Isu perkauman adalah perkara yang cukup sensitif, apatah lagi jika ada pihak tergamak melaga-lagakan sesuatu kaum dengan pemimpin utama negara. Mereka berbuat demikian tidak ada motif lain selain mewujudkan kebencian yang akhirnya akan membawa kepada perbalahan kaum di Malaysia.

Berdasarkan kepada hakikat itu, langkah pihak-pihak tertentu menjadikan perkauman sebagai modal politik seharusnya sama sekali tidak boleh diterima, apatah lagi jika fitnah mengatakan pemimpin negara ini hendak "basahkan keris dengan darah Cina".

Keris dikaitkan dengan identiti orang Melayu manakala darah adalah berkaitan dengan nyawa kaum Cina. Ertinya puak yang menyebarkan fitnah ini sememangnya berniat untuk melihat kedua-dua kaum ini bertelagah dan mahu Tragedi 13 Mei berulang.

Persoalannya, mahukah kita melihat ia berlaku lagi? Kita yakin rakyat negara ini sudah matang untuk hidup rukun dan damai melalui perbezaan, bangsa, budaya dan agama, konsep Satu Malaysia akan berupaya mengukuhkan lagi keadaan itu tetapi semua itu bukanlah satu jaminan bahawa ia tidak akan tergugat.

Kedamaian dan kerukunan rakyat serta ketelusan semua pemimpin negara ini termasuk Perdana Menteri menjadi pemimpin kepada semua kaum akan tergugat jika anasir-anasir subversif seperti puak yang memuatkan fakta palsu mengenai Najib dalam Wikipedia berkenaan terus melaksanakan agenda khianat mereka.

Dalam soal ini, kematangan seluruh rakyat adalah dituntut. Mereka tidak harus terpengaruh dengan dakwaan seumpama itu kerana pihak yang baik tidak akan melakukan fitnah terhadap orang lain apatah lagi pemimpin negara. Rakyat perlu memikirkan dengan matang apa juga dikhabarkan dengan mereka atau apa sahaja yang mereka baca melalui laman-laman web atau blog-blog.

Ketika ini kecanggihan teknologi maklumat sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mengamalkan kebebasan tanpa had tersebut. Mereka menjadikan laman web dan blog untuk melakukan pelbagai tuduhan dan melaksanakan agenda jahat mereka bagi memecahbelahkan perpaduan kaum dan memburuk-burukkan pemimpin negara.

Mereka tidak akan mempedulikan soal kesannya, apa yang penting hasrat mereka tercapai.

Adalah tidak keterlaluan kalau kita katakan mereka yang berbuat demikian sebenarnya "musuh perpaduan kaum" serta mempunyai sikap perkauman yang tinggi.

Kesimpulannya, kita mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap golongan yang menabur fitnah ini. Pada masa yang sama, kita juga harus mengaku bahawa perbuatan seperti itu akan berterusan selagi ada yang merasakan perkauman adalah modal terbaik bagi meraih sokongan politik. Siapakah mereka? Tepuk dada tanya selera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.