saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 18/06/2009

Kepentingan ramai diutamakan


WALAUPUN mendapat bantahan daripada penduduk, tindakan meroboh rumah di Kampung Jinjang Selatan Tambahan berjaya juga dilaksanakan oleh DBKL pada Isnin lalu .


KUALA LUMPUR 17 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengutamakan kepentingan majoriti dalam setiap tindakan yang diambilnya walaupun mendapat bantahan daripada sekelompok kecil rakyat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, itulah juga pegangan DBKL semasa berhadapan dengan penduduk setinggan Kampung Jinjang Selatan Tambahan yang membantah rumah mereka dirobohkan baru-baru ini.

Menurutnya, 23 keluarga setinggan berkenaan perlu dipindahkan bagi membolehkan pembinaan jalan sambungan yang terbengkalai sejak dua tahun lalu diteruskan.

Katanya, mereka sudah diberikan notis dan masa yang cukup untuk berpindah sehingga memaksa projek itu ditangguhkan dan kini mereka perlu berhadapan dengan tindakan kerana berdegil.

Beliau berkata, jalan sepanjang 300 meter itu bakal menghubungkan kawasan Segambut dan Kepong yang dijangka mampu mengurangkan kesesakan di Jalan Kuching.

“Sepatutnya pembinaan jalan tersebut telah dimulakan dua tahun lalu memandangkan jalan sambungan di bahagian lain telah disiap dibina.

“Namun disebabkan keengganan pemilik 17 buah rumah itu berpindah, projek pembinaan jalan tersebut telah lewat lapan peratus daripada yang dirancangkan.

“Tidak adil sekiranya DBKL tidak mengambil tindakan tegas ke atas penduduk setinggan itu sedangkan dua kawasan setinggan lain iaitu Kampung Sungai Udang dan Kampung Benteng Segambut yang melibatkan 225 penduduk telah dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mempengerusikan Program Bertemu Media di Bangunan DBKL di sini hari ini.

Ahmad Fuad mengulas secara panjang lebar tentang insiden pergaduhan yang berlaku di setinggan Kampung Jinjang Selatan Tambahan baru-baru ini termasuk dakwaan penduduk yang mereka dikasari oleh penguat kuasa DBKL.

Penduduk mendakwa mereka dipukul, ditarik rambut malah kamera mereka dirosakkan oleh penguat kuasa semasa menghalang kerja-kerja operasi meroboh itu dijalankan.

Datuk Bandar menambah, mengikut Ordinan 1969, DBKL tidak perlu menghantar notis, sebaliknya boleh terus merobohkan mana-mana struktur kediaman di kawasan setinggan.

Bagaimanapun, ujarnya, DBKL tetap mahu menjalankan tugas secara berhemah dan bertimbang rasa bagi menghormati penduduk di kawasan berkenaan dengan memaklumkan tentang perpindahan mereka termasuk menyediakan kemudahan kediaman baru dan bantuan kewangan.

“DBKL telah berusaha untuk memindahkan mereka dengan cara yang baik iaitu dengan pemberian notis arahan perpindahan sebanyak tiga kali dan mengadakan sesi dialog bersama penduduk dan Ahli Parlimen sebanyak tujuh kali untuk memberi peluang kepada penduduk meluahkan rasa tidak puas hati mereka, namun insiden pergaduhan tersebut masih berlaku.

“DBKL hanya menjalankan tugas dan tidak berniat untuk bergaduh dengan penduduk namun tindakan penduduk yang enggan keluar daripada kediaman mereka menyebabkan berlaku sedikit ketegangan,” jelasnya.

Justeru, beliau amat berharap kes seperti itu tidak akan berlaku lagi di mana-mana setinggan lain kerana DBKL akan sentiasa menghantar notis pemberitahuan awal jika mahu memindahkan penduduk setinggan.

“Penduduk setinggan yang lain diharap akan mengambil iktibar daripada kejadian sebelum ini,” jelasnya.

Ahmad Fuad berkata, penduduk setinggan perlu faham bahawa mereka bukan pemilik tanah berkenaan walaupun telah lama mendudukinya dan perlu menerima tawaran perpindahan ke PPR yang telah disediakan.

Beliau menambah, DBKL juga bersedia berhadapan dengan apa sahaja tindakan daripada penduduk yang terlibat termasuk jika isu berkenaan dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, DBKL akan tetap meneruskan tindakan penguatkuasaan sekiranya ada mana-mana kawasan setinggan lain yang mahu dibangunkan.

“Masih terdapat 52 kawasan setinggan lagi yang belum dipindahkan ke PPR dan mereka juga bakal dipindahkan sekiranya ada pembangunan yang akan dijalankan di kawasan penempatan mereka,” katanya.

Selain tanah setinggan, kata Ahmad Fuad, kerajaan juga berhak untuk mengambil mana-mana tanah termasuk yang mempunyai pemilik sekiranya projek berkepentingan umum mahu dilaksanakan.

“Jadi, saya amat berharap penduduk setinggan di tempat lain bersedia untuk berpindah ke PPR tanpa perlu dipaksa sehingga timbul masalah dan pelbagai dakwaan itu dan ini,” tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.