saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 18/06/2009

Pameran 21 muzium di Jaya Jusco

MELAKA 17 Jun - Pengunjung pusat beli-belah Jaya Jusco, Ayer Keroh di sini berpeluang menyaksikan pameran 21 buah muzium milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) di sini bermula semalam hingga 21 Jun ini.

Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, pameran itu akan diadakan di tingkat satu bangunan pasar raya tersebut.

"Pameran ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semua 21 buah muzium milik Perzim.

"Selain itu, turut dipamerkan ialah lima galeri dengan tema berlainan yang menggambarkan keunikan serta sejarah negeri Melaka," katanya.

Tambahnya, selain melihat pameran, pengunjung juga berpeluang menyertai kuiz mini yang disediakan Perzim.

Menurutnya, pengunjung bertuah juga akan berpeluang memenangi hadiah pas lawatan percuma ke muzium melalui kuiz yang diadakan.

Antara 21 buah muzium milik Perzim ialah Muzium Sastera, Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka, Muzium Rakyat, Muzium Kecantikan, Galeri Layang-Layang, Muzium Orang Asli, Muzium Adat Istiadat dan Muzium Pertanian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.