saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/06/2009

LPT Fasa 2 lewat siap

KUALA TERENGGANU 17 Jun – Pembinaan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT 2) dijangka disiapkan setahun lebih lewat daripada dijadualkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, perkara itu berlaku berikutan penarikan diri kontraktor kedua dalam projek itu dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, sebelum ini kontraktor yang terlibat dalam pakej 11 melibatkan laluan berdekatan Kampung Gemuruh, Tepoh di sini telah menarik diri daripada meneruskan pembinaan projek itu.

Menurut beliau, satu lagi kontraktor dalam proses untuk menyerahkan kembali tender miliknya kepada kerajaan kerana tidak mampu menampung peningkatan kos projek itu.

Katanya, mereka menyerahkan balik tender itu kerana tidak mampu menampung kos kenaikan harga bitumen di pasaran.

‘‘Kita jangka keadaan ini akan melewatkan tarikh siap projek LPT 2 sehingga setahun.

‘‘Sebelum ini pun, projek itu sudah berhenti selama tiga bulan kerana harga bitumen tinggi di pasaran,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sebelum ini, projek LPT 2 bernilai RM3.7 bilion dijadualkan siap pada Mei 2011.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.