saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/06/2009

Feri istimewa Tasik Kenyir


FERI yang siap dibina dimuatkan di atas treler untuk dihantar ke Tasik Kenyir bagi kegunaan program 'Island Hoping' di limbungan kapal Kaymarine, Bukit Tumbuh, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 17 Jun - Para pengunjung Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tidak lama lagi akan dapat menikmati keindahan tasik buatan manusia itu dengan menaiki feri.

Feri berkenaan yang dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat merupakan sebahagian daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dikenali sebagai 'Island Hopping'.

Dalam program itu, feri tersebut akan berfungsi sebagai pengangkutan untuk membawa pengunjung ke 10 pulau berkonsepkan taman tema di Tasik Kenyir.

Pengerusi syarikat pembuat kapal tempatan, Kaymarine Sdn. Bhd., Datuk W. Md. Albakri Md. Noor berkata, feri jenis ponton berkenaan dibina menggunakan konsep terbuka di mana penumpang boleh melihat keluar dan menyaksikan pemandangan alam sekitar.

''Pembinaan feri ini juga menggunakan reka bentuk yang dihasilkan oleh syarikat ini sendiri.

''Ia direka seperti sebuah bas dengan pemandunya berada di hadapan feri," katanya.

Beliau berkata, feri tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah.

Katanya, bahagian bawah menempatkan tempat duduk untuk 52 orang manakala sembilan orang boleh berada di bahagian atas.

''Bahagian atas ini akan membenarkan penumpang untuk menyaksikan pemandangan Tasik Kenyir," ujarnya.

Beliau berkata, feri dibina sedemikian di atas permintaan kerajaan negeri yang mahu feri itu menampung kedatangan penumpang sebuah bas pada satu-satu masa.

Beliau menambah, enjin feri dengan kelajuan 15 knot pula akan ditempatkan di luar kerangka feri.

''Enjin yang digunakan mesra alam kerana ia menggunakan minyak petrol dan bukannya diesel selain ia tidak membuang minyak digunakan ke dalam air," jelasnya.

Tambahnya, jenis enjin yang digunakan oleh feri berkenaan amat bersesuaian untuk membawa penumpang dari pulau ke pulau di Tasik Kenyir tersebut.

''Kelajuan 15 knot tidak laju dan tidak pula perlahan dalam membawa penumpang kerana ia akan memberi peluang untuk penumpangnya menikmati keindahan di Tasik Kenyir dari atas feri," ujarnya.

Beliau menjangka menyerahkan dua feri jenis ponton untuk kegunaan program 'Island Hopping' di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada Khamis ini.

''Kita akan menyerahkan dua buah feri ini kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang akan bertindak sebagai penyelaras operasi program Island Hopping itu," katanya.

W. Md. Albakri berkata, feri sepanjang 14 meter itu yang mula dibina pada awal tahun ini, telah siap dibina dalam tempoh enam bulan.

Katanya, kos pembinaan dua buah feri tersebut menelan belanja sebanyak RM1.8 juta.

Beliau menambah, ketika ini pihaknya sedang menguji bot tersebut di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

''Antara yang akan diuji ialah kelajuannya sama ada ia mampu mencapai 15 knots dengan membawa muatan penuh," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.