saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/06/2009

Kaymarine pembina kapal antarabangsa

KUALA TERENGGANU 17 Jun - Syarikat pembuat kapal tempatan, Kaymarine Sdn. Bhd. kini dikenali di peringkat antarabangsa selepas menerima permintaan membina pelbagai jenis kapal daripada syarikat asing.

Pengarah Urusan syarikat itu, Khamarudin Mansor (gambar) berkata, pihaknya kini dalam proses membina sebuah kapal untuk sebuah syarikat dari New Zealand.

Katanya, kapal untuk industri minyak dan gas bernilai RM27 juta itu mula dibina tiga bulan lalu.

''Pembinaan kapal sepanjang 48 meter itu dijangka disiapkan awal tahun depan.

''Syarikat Seawork Ltd. New Zealand merupakan syarikat asing ketiga yang membuat tempahan dengan kami selepas syarikat membuka perniagaan di peringkat antarabangsa enam tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, apabila kapal itu disiapkan, ia akan digunakan di pelantar minyak di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

''Penggunaan kapal ini di negara itu juga dijangka menarik perhatian syarikat asing untuk menempah kapal dengan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, syarikat itu juga kini membina sebuah kapal jenis catamaran untuk syarikat tempatan, Penang Port.

''Kapal sepanjang 13 meter itu dan bernilai RM1.8 juta itu dijangka disiapkan dan diserah dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.