saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/06/2009

Bakat seni kanak-kanak


SEPASANG kanak-kanak bersama patung Sonny Lion yang boleh dibeli di ibu pejabat Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan mana-mana cawangannya.


MUNGKIN ramai sudah biasa melihat kanak-kanak terlibat dalam aktiviti melukis dan mewarna. Tetapi jarang kita melihat kanak-kanak diberi peluang menghasilkan barang-barang kraf seperti mewarna batik mahupun menganyam rotan.

Itulah yang cuba dibawakan oleh Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad melalui projek kebajikannya, ChildrenCare. Mereka berganding bahu bersama Kraftangan Malaysia mencipta kelainan apabila mengajak lebih 60 kanak-kanak kurang upaya dan kurang bernasib baik dari 11 buah rumah kebajikan mencuba bakat dalam bidang seni dan kraf menerusi program amal, Hari Seni dan Kraf ChildrenCare.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mei lalu di ruang legar Great Eastern Mall itu sememangnya unik dan menyeronokkan apatah lagi kanak-kanak tersebut diberi peluang menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk mengekspresikan seni dan kraf melalui sesi mewarna batik dan menganyam rotan.

Usaha itu bertepatan dengan sasaran projek kebajikan ChildrenCare pada tahun ini yang ingin menjana kreativiti dan mencungkil bakat terpendam kanak-kanak melalui pembelajaran efektif dan pembangunan kognitif.

Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perhubungan Korporat dan Kewangan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad, Bruce Lee, program tersebut adalah untuk mendedahkan kanak-kanak terhadap seni dan kraf yang secara tidak langsung membantu mempromosikan budaya Malaysia.

Lebih menarik katanya, seni dan kraf itu diketengahkan dengan cara lebih berinformasi, kreatif, menggunakan kepekaan deria dan secara pembelajaran melalui pengalaman.

''ChildrenCare telah menjalankan pelbagai projek amal sejak ia dilancarkan pada tahun 1995. Lebih membanggakan, dari tarikh ia ditubuhkan lebih RM1.2 juta telah berjaya dikutip yang kemudiannya didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia," katanya.

Bagi menepati sasaran dalam menerapkan seni dan kraf dalam diri kanak-kanak, Hari Seni & Kraf ChildrenCare turut mempamerkan pelbagai barangan kraf negara seperti tekstil batik, anyaman rotan, ukiran kayu, seramik dan tembaga.

Turut dilancarkan pada majlis itu adalah gaya terkini anak patung Sunny Lion Great Eastern untuk tahun ini dengan koleksi pasangan pengantin (Bride & Groom). Jika ingin memilikinya, orang ramai hanya perlu menderma paling minimum RM10 kepada projek kebajikan ChildrenCare pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Dalam masa yang sama, Great Eastern ChildrenCare telah mengambil kesempatan menghulurkan derma sebanyak RM58,000 kepada 11 organisasi kebajikan bagi membantu mereka membeli kelengkapan asas buat kanak-kanak.

Organisasi kebajikan itu adalah Rumah Sayangan, Cheras; House of Joy, Puchong; Rumah Charis, Puchong; Rumah Anbu Illam, Taman Permata; Persatuan Braille Malaysia; Rumah Kebajikan Kanak-Kanak (RKK) Taman Bakti, Pulau Pinang; RKK Tengku Ampuan Fatimah, Pahang; RKK Sultan Abdul Aziz, Perak; PDK Permata; Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor dan RKK Tengku Budriah, Kuala Lumpur.

Sepanjang penubuhannya, selain memberikan sumbangan derma, ChildrenCare turut melaksanakan program-program lain khusus buat kanak-kanak istimewa dan yang memerlukan.

Antaranya, Forum Kanak-Kanak, Sesi Terapi Seni, Kem Remaja, Kem Pendidikan Anak-Anak Orang Asli, lawatan sambil belajar dan lawatan ke rumah-rumah kebajikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.