saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/06/2009

H1N1: Borang isytihar kesihatan diwajibkan di pintu masuk negara

KUALA LUMPUR 18 Jun - Kerajaan hari ini mengumumkan 10 langkah menangani penularan wabak H1N1 termasuk mewajibkan warga asing serta rakyat negara ini yang melalui semua pintu masuk Malaysia mengisi borang pengisytiharan kesihatan.

Keengganan berbuat demikian merupakan kesalahan dan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi membolehkan pengisian borang berkenaan dijadikan sebagai mandatori, ia akan diwartakan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988 minggu depan.

"Pengisian borang tersebut dibuat secara sukarela sejak beberapa bulan lalu. Selepas borang ini diwartakan minggu depan pengisiannya akan menjadi mandatori. Borang ini akan dicetak dalam beberapa bahasa.

"Borang ini akan diedarkan dalam semua penerbangan sebelum kapal terbang mendarat di Malaysia. Selepas penumpang mendarat borang diisi diserahkan kepada Pegawai Kesihatan yang bertugas di lapangan terbang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1).

Mesyuarat itu diadakan ekoran pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa wabak itu kini di tahap enam dan memerlukan negara terlibat mewujudkan jawatankuasa kebangsaan.

Menurut beliau, borang pengisytiharan itu memerlukan orang ramai mencatatkan nombor tempat duduk dan nombor penerbangan bagi memudahkan mereka dikesan.

"Peraturan ini sudah diguna pakai di banyak negara-negara yang menghadapi wabak sama," katanya.

Tambahnya, langkah pencegahan lain adalah melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Melbourne dan Manila.

"Ini kerana negara-negara tersebut mempunyai penularan wabak influenza yang tinggi dan berisiko bagi Malaysia," katanya.

Tambah Muhyiddin, mesyuarat hari ini juga akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila berlaku jangkitan tempatan wabak H1N1 di sesuatu kawasan.

"MKN akan menilai sama ada sebarang perhimpunan orang ramai boleh dijalankan di kawasan yang mempunyai jangkitan wabak atau keperluan mendesak menutup sekolah atau sebagainya.

"Penutupan sekolah akan dilakukan atas nasihat MKN dan bukannya keputusan sekolah sendiri atau Jabatan Pelajaran," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.