saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 20/06/2009

1,300 lega masalah air selesai

KUALA LUMPUR 19 Jun - Penduduk Pangsapuri Suci, Jalan Puchong di sini yang berjumlah 1,300 orang kini boleh menarik nafas lega apabila beberapa masalah yang mereka hadapi sejak sekian lama bakal berakhir tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berjanji akan membantu mereka mengikut kemampuannya terutama yang melibatkan masalah tidak mempunyai sistem bekalan air sendiri.

Menurutnya, beliau difahamkan oleh penduduk bahawa masalah itu sudah dihadapi oleh mereka sejak Jun 2006 lagi.

"Pihak pemaju telah bertindak menyambung bekalan air daripada Pangsapuri Sri Jati iaitu sebuah pangsapuri yang terletak berhampiran dengan Pangsapuri Suci.

"Alasan yang diberikan oleh pemaju ialah ramai penduduk tidak membayar wang penyelenggaraan menyebabkan pihaknya tidak mempunyai wang untuk menyediakan sistem bekalan air sendiri ke pangsapuri berkenaan," katanya kepada media.

Sebelum itu, Raja Nong Chik menghadiri sesi dialog antara penduduk, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak pemaju yang turut diundang bagaimanapun gagal hadir tanpa memberikan sebarang alasan.

"Pada awalnya, saya bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail untuk membincangkan hal ini.

"Namun begitu, saya diberitahu oleh wakil Syabas pada malam ini bahawa Syabas akan memasang sistem meter individu di perumahan ini sebagai satu tanggungjawab sosial mereka," ujarnya lagi.

Selain masalah bekalan air, penduduk turut mengutarakan beberapa masalah lain termasuk ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF), tempat pengumpulan sampah yang berada di bawah rumah penduduk dan lif rosak.

Penduduk juga mendakwa berhadapan dengan masalah bilangan tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi, kadar sewa untuk dewan serbaguna dan kemudahan asas seperti telefon awam serta taman permainan yang tidak kondusif.

Penduduk juga mempersoalkan hak individu yang membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan tetapi tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada pihak pemaju.

Mengulas masalah-masalah itu, Raja Nong Chik menegaskan bahawa kementeriannya akan mengkaji masalah tersebut dengan terperinci kerana kes yang melibatkan pemaju tidak bertanggungjawab banyak berlaku di ibu negara.

"Pihak saya akan mencari satu mekanisme yang baru bagi membela nasib orang ramai yang teraniaya seperti yang berlaku di sini.

"Saya akan merujuk masalah ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pemaju yang mengabaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sementara itu, wakil Syabas, Abdul Rashid Abu Samah yang hadir pada sesi dialog tersebut mengesahkan kenyataan Raja Nong Chik bahawa meter individu akan dipasang.

"Tindakan pihak kami tidak memasang sistem meter di kawasan ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak pemaju melunaskan tunggakan sebanyak RM141,532.

"Ia merangkumi kos operasi dan hutang pihak pemaju termasuklah denda yang dikenakan akibat tindakan menyambung bekalan air secara haram daripada pangsapuri bersebelahan.

"Mengikut prosedur yang telah ditetapkan, pihak pemaju perlu menjelaskan semua hutang dan tunggakan tersebut sebelum Syabas memasang sistem bekalan air di pangsapuri ini," katanya.

Pada awalnya, Abdul Rashid mencadangkan agar penduduk membuat permohonan bertulis kepada pihak Syabas bagi membolehkan pihaknya membuat pertimbangan.

"Tetapi selepas sesi dialog bersama penduduk tadi, kami merasakan adalah wajar jika pemasangan sistem air tersebut dilakukan dengan kadar yang segera tanpa perlu surat permohonan berkenaan.

"Ini bermakna pemaju dan penduduk tidak perlu menunggu sehingga semua hutang dan tunggakan tersebut langsai untuk mendapatkan bekalan air secara sah," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.