saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/06/2009

8 kes baru positif H1N1

KUALA LUMPUR 19 Jun – Lapan kes positif influenza A (H1N1) baru dikesan hari ini - jumlah paling tinggi kes dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35 kes di negara ini.

Kesemua kes tersebut bukan kes penularan tempatan sebaliknya kes import membabitkan lima rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina dan Australia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, ia merupakan jumlah kes positif H1N1 paling tinggi dalam tempoh 24 jam sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu.

Menurutnya, sebanyak 23 daripada 35 kes yang disahkan positif masih dirawat di hospital-hospital rujukan.

“Lapan kes terbaru iaitu daripada kes ke-28 hingga ke-35 itu disahkan selepas menunjukkan gejala demam serta batuk dan kini diberikan rawatan antivirus serta dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, kes ke-28 merupakan pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 20 tahun, menaiki penerbangan MH 091 (tempat duduk 55H) dari Chicago dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, 15 Jun lalu.

Katanya, kes ke-29 ialah pelajar perempuan berusia 11 tahun, warganegara Thailand menaiki penerbangan MH 785 (tempat duduk 30E) bersama 43 orang yang lain, bagi perlawanan persahabatan sukan.

Tambah beliau, kes ke-30 pula wanita berusia 50 tahun, warganegara Australia datang ke Malaysia untuk bercuti menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 10G) dari Melbourne.

Menurutnya, kes ke-31 melibatkan wanita rakyat Malaysia berusia 58 tahun yang juga menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 22B) dari Australia bersama 11 ahli keluarga yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 7 pagi, 16 Jun lalu.

“Kes ke-32 wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun, bekerja di London sejak 2008 pulang ke tanah air menaiki penerbangan MH001 (tempat duduk 62D) tiba di KLIA pada pukul 5.30 petang, 15 Jun lalu,” katanya.

Mohd. Ismail berkata, kes ke-33 melibatkan perempuan berusia 15 tahun berada di Melbourne, Australia dari 27 Mei hingga 15 Jun lalu menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada pukul 7 pagi.

Menurutnya, kes ke-34 merupakan suri rumah warga Filipina berusia 30 tahun menaiki pesawat MH 705 (tempat duduk 20A) dari daerah Naguilian Quecun, Filipina pulang ke Malaysia pada 14 Jun, pukul 8 malam.

“Bagi kes terakhir melibatkan lelaki berusia 20 tahun mengikuti pengajian di Universiti Melbourne, Australia pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 43H) dan tiba di LCCT pada 15 Jun, pukul 7.15 pagi,” katanya.

Mohd. Ismail berkata, 10 kes positif H1N1 dirawat di Hospital Sungai Buloh manakala Hospital Kuala Lumpur (6); Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (3) dan masing-masing seorang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Tambahnya, sehingga hari ini, 115 pemberitahuan kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara dan dimasukkan ke wad pengasingan.

Beliau berkata, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan H1N1 adalah 1,092 kes dengan 35 kes disahkan positif, 987 negatif dan 70 masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Sehingga 9 malam tadi, mereka yang mempunyai hubungan dengan pesakit positif H1N1 masih diletakkan di bawah kuarantin di rumah berjumlah 202 orang termasuk 42 orang yang baru dikesan,” jelasnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, sehingga hari ini, jumlah terkumpul H1N1 yang dilaporkan adalah 40,089 kes dengan 167 kematian daripada 90 negara, iaitu pertambahan 286 kes.

Dua negara baru dikesan mempunyai kes wabak berkenaan adalah Papua New Guinea dan Surinam.

Lima negara yang melaporkan kes terbanyak adalah China (84 kes) termasuk Hong Kong dan Macau, Australia (81 kes), Filipina (33 kes), New Zealand (26 kes) dan Jepun (24 kes).

Sementara itu, pihak kementerian memohon kerjasama kesemua penumpang, anak kapal dan orang yang berhubungan dengan mereka kepada kes positif H1N1 terutama yang duduk di tiga barisan hadapan dan belakang menghubungi kementerian di talian 03-88810200 atau 03-88810300.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.