saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/06/2009

Kolej Tunku Kurshiah muncul juara orkestra


Muhyiddin Yassin, Zulkurnain Awang (kanan) dan Alimuddin Mohd. Dom (kiri) memerhatikan pasukan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Seremban menjulang piala pusingan setelah diumumkan sebagai juara di pertandingan akhir Festival Wind Orchestra 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 20 Jun - Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Seremban yang mempersembahkan lagu Disney Festival muncul juara dalam pertandingan orkestra sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster atau Finale Festival Wind Orchestra 2009.

Kejayaan kumpulan tersebut menewaskan tujuh pasukan lain, membolehkannya membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai RM1,500 dan hadiah iringan.

Konduktor kumpulan orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Nur Hamizah Zainal, 17, turut diumumkan sebagai Konduktur Terbaik menewaskan tujuh lagi konduktur yang rata-rata diwakili oleh pelajar lelaki.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Kumpulan orkestra Kolej Tunku Kurshiah yang ditubuhkan pada tahun 1997 kini dianggotai oleh 110 orang pelajar tingkatan satu hingga lima diangkat sebagai juara berdasarkan keupayaan teknikal, persembahan dan alunan muziknya.

Dalam pada itu, kumpulan orkestra Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hadiah iringan.

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM750.

Lima lagi pasukan yang turut bertanding pada peringkat akhir ini ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Kolej Melayu Kuala Kangsar; Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan Sekolah Ave Maria Convent, Ipoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.