saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/2009

Terbang sang Pesawat


PESAWAT (dari kiri) Kudux, Camel, Mann dan Jipie


Setiap insan ada impian dan matlamat. Masing-masing cuba mengembangkan bakat yang ada demi memastikan kelangsungan di celah-celah kemuraman industri pada masa ini.

Benar kata orang, jika mahu menjadi anak seni, pastikan ia benar-benar memberikan kesan kepada peminat. Jika tidak, pasti sukar untuk bertapak meneruskan kerjaya dek lambakan kumpulan yang ada pada masa kini.

Begitu juga hal yang berlaku kepada kumpulan ini. Bagi yang sudah mengikuti perkembangan mereka sejak awal lagi, pasti dapat merasai sendiri kejayaan yang dikecapi mereka.

Nama Pesawat tiba-tiba sahaja meledak selepas membuat pelancaran video muzik lagu Mirage di dalam pesawat MAS boeng 777 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan disiarkan secara terus di saluran Channel [V] (saluran 714, Astro).

Dianggotai oleh Hudzaifei Hazmi (Jipie), Mohd. Nizam Kamal (Camel), Syaherman Johar (Mann) dan Hirwan Hatta (Kudux), mereka sudah tidak sabar-sabar untuk terus ‘menguasai’ peminat dengan muzik yang mereka bawa.

Masing-masing tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila usaha mereka dalam bidang muzik semakin diterima baik oleh peminat.

Sudah empat tahun mereka bergiat aktif dalam bidang muzik dan menyertai banyak gig di seluruh pelosok negara. Mungkin tuah baru sahaja menyebelahi mereka lantaran keikhlasan dalam perjuangan mereka.

Peluang yang ada tidak pernah disiakan begitu sahaja. Kali ini Pesawat terus mengorak langkah mengeluarkan single sedikit masa lagi. Sebuah lagu Melayu dan sebuah lagu Inggeris sudah tersedia untuk menjadi halwa telinga peminat.

Single Mirage sudah pun disiarkan di radio dan kini mereka mahu mempertaruhkan pula lagu Rasional Emosional dan Excuse Me.

Selaku vokalis, Jipie begitu teruja dengan kemaraan Pesawat terutamanya apabila mendapat kritikan yang positif bukan sahaja daripada peminat tempatan malah termasuklah daripada luar negara.

“Ini kejayaan Pesawat. Tapi tidak bermakna kami akan terus alpa dan leka. Perjuangan kami baru sahaja bermula. Sudah pasti banyak perkara yang perlu dilakukan seterusnya.

“Untuk itu kami akan tampil dengan album sedikit masa lagi. Jika mengikut perancangan, kemungkinan besar 10 lagu akan dimuatkan dalam album tersebut.

“Jika mengikutkan perancangan kemungkinan besar kami akan mempertaruhkan tujuh buah lagu Melayu dan tiga lagu Inggeris,” kata Jipie mewakili rakan-rakan yang lain.

Laju dan bising

Atmosfera muzik tempatan kini lebih tertumpu kepada kumpulan-kumpulan independent yang bebas memperjuangkan jalur muzik yang dekat dengan mereka.

Pesawat juga tidak terkecuali dilabelkan sebagai kumpulan indie memandangkan segala-galanya dilakukan sendiri termasuklah mencipta lagu dan sebagainya.

“Konsep muzik yang kami perjuangkan adalah laju dan bising tapi mesra pendengar. Dan saya yakin ini sedikit sebanyak akan memberikan kelainan kepada peminat untuk terus bersama Pesawat.

“Konsep yang kami perjuangkan ini masih baru dan rasanya amat bersesuaian dengan Pesawat. Kadangkala kita kena mengikut kehendak pendengar tapi tak bermakna Pesawat akan jadi kumpulan yang bermusim.

“Lagipun kami tetap memperjuangkan muzik Melayu yang begitu sebati dengan setiap anggota kumpulan,” jelas Jipie lagi.

Dengan maklum balas yang positif daripada peminat, Pesawat yakin langkah mereka semakin jelas dan sudah pasti mereka menaruh banyak impian dalam merencanakan perjalanan kumpulan ini.

Ramai artis Malaysia yang ingin melebarkan sayap ke negara seberang seperti Indonesia. Begitu juga dengan Pesawat. Impian mereka bukan setakat mahu melebarkan sayap ke Indonesia, malah mahu muzik mereka diterima di United Kingdom.

Impian ini tidak akan berhasil tanpa sebarang usaha. Banyak perancangan yang telah dilaksanakan oleh setiap anggota demi memastikan ia dapat direalisasikan memandangkan tidak ada perkara yang mustahil dilaksanakan.

Setiap anggota mempunyai pekerjaan masing-masing. Agak sukar sebenarnya untuk melihat mereka melakukan persembahan seperti artis-artis yang lain.

“Kami selektif memilih show. Tambahan pula masih banyak lagi tuntutan lain yang perlu dilunaskan. Semua perlu diseimbangkan antara kerjaya dan muzik,” katanya lagi.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kumpulan ini boleh melayari www.myspace.com/pesawat atau www.facebook.com/pesawat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.