saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/06/2009

Kakak TPM dianugerah Tokoh Guru Agama Johor


Abdul Ghani Othman menyampaikan anugerah kepada Tokoh Guru Sekolah Menengah Agama, Rohana Yassin di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 22 Jun - Kakak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sekolah Menengah Agama Johor.

Datin Rohana Yassin, 65, dipilih berikutan sumbangan besar beliau sepanjang berkhidmat lebih 23 tahun sebagai guru agama termasuk memperjuangkan nasib guru serta sijil sekolah berkenaan agar diiktiraf kerajaan.

Meskipun telah bersara pada tahun 1999, beliau masih aktif dalam kerja-kerja kebajikan di negeri ini.

''Saya bersyukur dengan anugerah ini, namun ia bukanlah sesuatu yang saya harapkan kerana kerjaya guru merupakan minat utama saya,'' katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Guru Agama Peringkat Negeri Johor ke-12, di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Rohana yang mempunyai empat anak memperoleh ijazah dalam bidang Falsafah dan Akidah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sepanjang berkhidmat, Rohana mengajar Bahasa Arab dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan di Sekolah Maahad Johor.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama ialah Zabedah Talib dari Muar.

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan termasuk melibatkan diri dalam menyampaikan ceramah agama.

Selain itu, Zabedah turut mewakafkan sebahagian tanah di Parit Bakar Tengah, Muar untuk didirikan sekolah agama.

Terdahulu, Abdul Ghani dalam ucapannya menyeru guru-guru agama di negeri ini agar bersatu demi kesinambungan umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, sebagai guru agama, mereka wajar menterjemahkan nilai-nilai murni yang boleh menjadi ikon dan disegani oleh masyarakat.

Justeru, beliau meminta guru-guru agama agar tidak menjadi pencetus perpecahan.

''Ini kerana keadaan seumpama itu akan diambil kesempatan oleh bukan Islam dan pihak-pihak tertentu dengan matlamat untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam,'' katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani memberitahu, sebagai tanda komitmen kerajaan negeri terhadap guru agama sepanjang lima tahun lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM43 juta bagi memenuhi keperluan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.