saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 23/06/2009

Udang Kerpan masuki pasaran Eropah


Shahridan Faiez Mohideen Abdul Kader (kiri ) bertukar dokumen dengan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Abu Bakar Salleh pada majlis menandatangani perjanjian program persijilan kemahiran akuakultur udang Blue Archipelago Bhd. dan UPM sambil diperhatikan oleh Nor Mohamed Yakcop dan Mukhriz Mahathir di Jerlun, Kedah, semalam.


JERLUN 22 Jun - Ternakan udang harimau di Kerpan, di sini yang diusahakan oleh sebuah syarikat, Blue Archipelago Bhd. bercadang meneroka pasaran Eropah menjelang Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Shahridan Faiez Mohideen Abdul Kader berkata, sebuah kilang memproses udang harimau segar telah siap dibina dan mampu memproses 20 tan udang segar setiap hari.

"Kilang memproses udang harimau mentah ini bernilai kira-kira RM20 juta dan mampu mengeluarkan udang segar mengikut piawaian yang ditetapkan untuk pasaran luar negara.

"Udang harimau adalah lebih segar kerana ia terus diproses sebaik sahaja dituai daripada kolam," kata beliau selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Program Pembangunan Kemahiran Akuakultur di antara Blue Archipelago Bhd. dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini baru-baru ini.

Hadir pada majlis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ladang udang harimau Kerpan itu yang berkeluasan 463 hektar mempunyai 226 kolam sepanjang 3 kilometer dengan kelebaran 1.5 kilometer (km) selain dilengkapi dengan sistem pengairan sepanjang 2.8 km ke Selat Melaka.

Menurut Shahridan, Blue Archipelago telah menerima nombor pendaftaran daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi membolehkan udang tersebut dieksport terus ke pasaran Eropah.

"Selain pasaran Eropah, udang harimau yang siap diproses di ladang berkenaan juga akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Jepun.

"Udang-udang ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat makanan laut di luar negara," katanya.

Jelasnya, pengeluaran optimum ladang udang harimau Kerpan adalah antara 1,500 tan hingga 2,000 tan udang harimau setahun, manakala sebanyak 4,000 tan hingga 6,000 tan udang putih setahun.

Shahridan berkata, ladang yang beroperasi sejak 15 tahun lalu itu, telah diambil alih oleh Blue Archipelago Bhd. pada 1 Januari tahun lalu.

"Kami telah melakukan aktiviti membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur di ladang ini.

"Kami juga telah membentuk struktur organisasi yang berlandaskan pasukan-pasukan operasi, sokongan dan pengurusan yang mantap bagi memastikan pengeluaran udang harimau mencapai tahap maksimum," katanya.

Selain itu, kata beliau, untuk memastikan perjalanan transformasi ladang udang harimau di Kerpan berjalan mengikut perancangan, pihaknya telah memeterai perjanjian Program Pembangunan Kemahiran Akuakultur dengan UPM untuk membantu mengadakan program pembangunan untuk 200 pekerja di ladang tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.