saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 24/06/2009

Saluran TV Islam penyalur dakwah berkesan

CADANGAN kerajaan mewujudkan sebuah saluran TV Islam secara percuma sangatlah dialu-alukan dan dihargai. Pada saya, cadangan ini merupakan satu permulaan yang sangat baik bagi penyampaian dakwah Islam secara lebih efektif, terkini dan mesra massa.

Pelaburan ini adalah sesuatu yang sangat berfaedah bagi membolehkan umat Islam mendapat informasi secara lebih mudah tentang isu-isu terkini yang berkait dengan syariat.

Bahkan, cadangan untuk menjadikannya sebagai siaran percuma merupakan satu praktik yang sangat bagus kerana ia akan membolehkan semua pihak mengakses kepada siaran tersebut.

Siaran TV Islam ini juga diharapkan akan menjadi medium dakwah yang paling efektif dan efisyen berbanding sebelum ini.

Malahan, ia juga diharapkan akan menjadi sebagai medium perantara bagi menjernihkan salah faham dan salah tanggap individu-individu bukan Islam yang selama ini memperoleh maklumat salah berkenaan Islam.

Namun demikian, di samping usaha memperkenalkan rangkaian TV Islam kepada masyarakat, yang boleh di definisikan sebagai usaha Amar Ma'ruf, tidak seharusnya usaha Nahi Mungkar dibiarkan begitu sahaja.

Tidak cukup seandainya kita hanya memperkenalkan TV Islam, dalam masa yang sama rancangan-rancangan hiburan yang merosakkan dan melalaikan masih tersiar di layar televisyen mahu pun radio.

Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkenaan sepatutnya turut mempertingkatkan usaha bagi mengawal rancangan-rancangan hiburan yang melekakan dan melampau serta menyumbang kepada krisis kebejatan moral dalam masyarakat, terutamanya generasi muda.

Saya menyarankan kita menghayati firman Allah di dalam surah Ali Imran; "Sesungguhnya kamu(ummat Muhammad) merupakan sebaik-baik ummat yang dikeluarkan di kalangan manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan (Amar Ma'ruf) dan mencegah kepada kemungkaran (Nahi Mungkar) dan kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat".

Ayat ini menjelaskan bahawa amalan mengajak kepada kebaikan harus disusuli dengan amalan mencegah kepada kemungkaran. Jika salah satu dari elemen ini ditinggalkan, maka usaha dakwah itu cacat dan tidak lengkap.

Usaha memperkenalkan saluran TV Islam ini merupakan satu permulaan dakwah yang amat baik dan seharusnya diperluaskan dari masa ke semasa.

Bahkan, saya berbangga dengan kepimpinan negara yang ada sekarang kerana telah memulakan usaha-usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat dengan metod yang lebih kontemporari.

Namun saya berharap agar rancangan-rancangan yang bakal tersiar di saluran TV Islam tidaklah stereotaip dan membosankan sehingga tidak mampu untuk mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap rancangan berkonsepkan Islam

Saya berharap agar rancangan yang tersiar di TV Islam mesti mampu untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen dalam masyarakat.

MUHAMMAD SOFIYUSSALAM

Unversiti Islam

Antarabangsa Malaysia

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.