saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 26/06/2009

Lagi skandal seks Berlusconi

ROM 25 Jun - Seorang pelacur kelas atasan mendakwa, dia mempunyai bukti bahawa dia telah bermalam di kediaman Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, selepas satu parti yang dilapor memaparkan imej pemimpin negara itu bergurau senda dan dikelilingi sekumpulan wanita seksi.

Berlusconi menafikan dakwaan tersebut, namun terdapat petanda yang menunjukkan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Itali itu berdepan masala: Pendakwa sedang meneliti gambar yang diambil Patrizia D'Addario dari bilik tidur pemimpin terbabit dan rakaman perbualan telefon Berlusconi yang menggoda pelacur berkenaan - Gereja Roman Katholik pula memberi amaran 'had kesopanan' telah dicabuli.

Berlusconi - yang kadangkala dirujuk sebagai 'Perdana Menteri Teflon' kerana kebolehannya melepaskan diri dari kontroversi - berkata, beliau tidak perlu meminta maaf.

''Tiada apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi saya sehingga saya perlu meminta maaf. Saya tidak pernah membayar wanita untuk seks. Saya juga tidak faham apakah kepuasannya apabila anda hilang kenikmatan untuk menakluk (wanita),'' katanya seperti yang disiarkan majalah gosip Chi - yang dimilikinya dan diterbitkan semalam.

Sementara itu, majalah Katholik Famiglia Cristiana melaporkan, perlu ada had yang perlu diikuti pemimpin tersebut.

''Had itu telah dilanggar. Bagi mana-mana individu berpengaruh walaupun dengan mandat popular yang meluas, dia tidak boleh mendakwa bahawa dia berada dalam wilayah bebas etika,'' kata majalah tersebut.

Dalam pada itu, Patrizia D'Addario, wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal tersebut, memberitahu akhbar Corriere della Sera, dia telah dibayar sebanyak AS$1,400 (RM4,900) kerana menghadiri sebuah parti pada Oktober 2008 di kediaman Perdana Menteri itu di Rom, sebelum kembali lagi ke situ pada 4 November dan bermalam.

Dia berkata, ketika bersama Berlusconi, dia memakai perakam suara - yang telah diserahkan kepada pendakwa di Bari.

Pihak pendakwaan juga dilaporkan sedang menyiasat seorang ahli perniagaan tempatan, Giampaolo Tarantini, yang dituduh mengupah dan membayar wanita tersebut.

Perdana Menteri itu mendakwa, D'Addario telah dibayar supaya membuat pengakuan tersebut, bagaimanapun wanita berkenaan menafikannya. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.