saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 27/06/2009

Kehilangan Raja Pop dunia


Gambar video yang diambil daripada KNBC4 video menunjukkan mayat Jackson dibawa ke dalam van untuk dihantar ke hospital di Los Angeles untuk dibedah siasat, semalam. – reuters


LOS ANGELES 26 Jun – Sehari selepas kematian mengejut Michael Jackson, spekulasi mula timbul tentang punca kematian Raja Pop, yang dikenali dengan gerak tarian ‘moonwalk’ itu.

Banyak pihak mula mencari sebab kematian penghibur serba boleh itu, malah ada yang mengaitkannya dengan masalah kesihatan, pengambilan ubat dalam dos berlebihan dan juga dadah.

Peguam kepada keluarga penyanyi berkenaan, Brian Oxman memberitahu CNN semalam, keluarga penghibur tersebut telah mengambil berat tentang kesihatan Jackson sejak berbulan-bulan.

‘‘Jackson telah beberapa kali mengadakan latihan, dia berusaha bersungguh-sungguh menjalani semua latihan itu,’’ kata Oxman sambil merujuk kepada persediaan Jackson mengadakan satu siri 50 konsert di London yang dijadual bermula 13 Julai ini.

Jelas beliau, Jackson turut mengambil beberapa ubat dengan preskripsi doktor sebagai persediaan mengadakan konsert tersebut.

“Pengambilan ubat disebabkan kecederaan tulang belakang serta keretakan kaki yang dialaminya akibat terjatuh dari pentas, mungkin mempunyai kaitan dengan kematiannya,’’ katanya.

Oxman dalam pada itu turut membandingkan nasib yang menimpa Jackson dengan kematian bekas model Playboy, Anna-Nicole Smith akibat mengambil dadah berlebihan.

‘‘Orang di sekelilingnya membenarkan dia berbuat demikian, jika anda fikir kes Smith adalah satu bentuk penyalahgunaan dadah, ia nampaknya sama seperti apa yang berlaku dalam kehidupan Jackson,’’ ujar beliau.

Bekas penerbit dan rakannya, Tarak Ben Ammar menyifatkan, doktor penyanyi itu sebagai ‘penjenayah’ dan ‘penipu’ kerana mengambil kesempatan di atas kerisauan melampau Jackson tentang kesihatannya.

Sementara itu, penganjur konsert Jackson di London, AEG Live dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan bahawa penghibur tersebut telah lulus ujian kesihatan fizikal yang dijalankan selama empat jam oleh doktor bebas. – Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.