saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 27/06/2009

Kematian gempar dunia

LOS ANGELES 26 Jun - Kematian Michael Jackson bukan sahaja menggemparkan peminatnya di seluruh dunia tetapi pemergian Raja Pop itu turut mendapat liputan meluas stesen-stesen penyiar di seluruh dunia

Di Malaysia, stesen radio swasta Fly FM dihujani panggilan daripada beratus-ratus peminat ikon muzik itu, yang merakamkan rasa terkejut mereka dengan berita kematian Jackson.

Di Times Square, New York, peminat legenda muzik itu menangisi pemergian Jackson ketika berita mengenainya disiarkan menerusi satu skrin gergasi.

Kemudahan Internet turut mengalami kesesakan luar biasa hari ini apabila ia dibanjiri 'tangisan elektronik' para peminat yang meratapi pemergian bekas anggota kumpulan The Jackson 5 itu.

Laman blog Twitter menerima kemasukan beratus-ratus komen setiap minit yang ditujukan sebagai penghormatan kepada Jackson.

Di China, kematian penyanyi itu segera mendapat 8,000 komen menerusi portal internet popular Soho.com dan Sina.com, yang menyifatkan beliau sebagai 'penyanyi luar biasa sepanjang zaman'.

Di Australia, program televisyen harian terganggu ekoran liputan khas mengenai kematian Jackson, sementara laman web sosial Facebook dibanjiri komen-komen yang memberi penghormatan terakhir kepada beliau. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.