saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/06/2009

Kekurangan doktor gigi kritikal

PULAU PINANG 27 Jun - Seorang doktor untuk 8,000 penduduk.

Itulah nisbah seorang doktor gigi di negara ini dengan jumlah penduduk dan keadaan tersebut amat membimbangkan Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keadaan itu menyebabkan bebanan tugas doktor gigi semakin bertambah sehinggakan mereka tidak mendapat rehat yang cukup.

Justeru, katanya, kerajaan berusaha mengatasi kekurangan itu dengan menetapkan satu matlamat iaitu seorang doktor merawat 4,000 orang menjelang tahun 2017.

''Sehingga 31 Disember 2008, negara hanya mempunyai 3,410 doktor gigi dan 241 daripadanya adalah doktor pakar dengan nisbah doktor kepada penduduk 1:8,000 dan kira-kira 49.6 peratus daripadanya berkhidmat di sektor awam.

''Ini amat kurang dan berbeza dengan negara maju lain antaranya Norway, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dengan seorang doktor gigi merawat 2,000 pesakit," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pergigian Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, salah satu punca yang dikenal pasti menyebabkan masalah itu berlaku adalah kurangnya tempat yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta dalam bidang berkenaan.

Katanya, ketika ini hanya terdapat enam IPTA dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pergigian.

''Penjagaan kesihatan mulut semakin kompleks dan memerlukan kepakaran serta pengkhususan yang menyeluruh. Oleh itu, saya berharap IPTA dapat menawarkan lebih banyak ruang untuk pelajar mendalami bidang itu.

''Kementerian Kesihatan pula akan memainkan peranan untuk membantu IPT dengan menyediakan lebih banyak biasiswa terutama bagi peringkat pascasiswazah kepada pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian," katanya.

Pada tahun ini, menurut Tiong Lai, kerajaan memberikan 36 biasiswa untuk melatih siswazah pascaijazah dalam kepakaran tertentu bidang pergigian berbanding 29 biasiswa tahun lalu.

Dalam pada itu Tiong Lai berkata, pihaknya kini dalam proses mewujudkan pusat kecemerlangan kesihatan pergigian di sebahagian hospital di negara ini bagi meningkatkan tahap kualiti bidang tersebut.

Menurutnya, pusat berkenaan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat akan menggabungkan lapan disiplin dalam bidang pergigian bagi membolehkan semua pakar yang terlibat bekerjasama meningkatkan kemahiran masing-masing.

Katanya, lapan disiplin berkenaan perlu diberi perhatian dan penambahbaikan supaya pelbagai penyelidikan dapat dijalankan untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ada selaras dengan perkembangan teknologi semasa dalam bidang tersebut.

''Sebagai contoh, pusat kecemerlangan bagi rawatan barah mulut dan gigi akan dibuka di Kuching manakala pembedahan pergigian pula di Klang. Namun semuanya akan kita buka secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.