saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/06/2009

Ernie juara Bintang RTM 2009


Juara Bintang RTM 2009 Nur Ernie Shahirah Zakri (tengah), bergambar bersama tempat kedua Jo-Anna Sue Henly Rampas (kanan) dan tempat ketiga Nur Fatin Nabila Noor Sazley di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 di Stadium Negara Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 28 Jun - Pertandingan Bintang RTM 2009 mencipta rekod baru apabila mengangkat peserta termuda, Nur Ernie Shahirah Zakri sebagai pemenang pertandingan akhir di Stadium Negara di sini hari ini.

Ernie yang berusia 17 tahun menyanyikan lagu berjudul Kau Yang Istimewa (nyanyian Aishah) dan Cahaya (Kris Dayanti) menggondol hadiah wang tunai RM20,000, trofi beserta sijil penyertaan, TV LCD 40 inci serta kamera digital Samsung selepas menewaskan tujuh lagi finalis.

Tempat kedua dimenangi oleh Jo-Anna Sue Henly Rampas (Jo-Ann), 20, yang menyanyikan lagu berjudul Bercinta dan Because of you membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, trofi beserta sijil, TV LCD 32 inci dan kamera digital Samsung.

Tempat ketiga pula diraih oleh Nur Fatin Nabila Noor Sazley (Fatin), 18, yang menyanyikan lagu Wajah, Mencintaimu dan Asmara. Beliau merangkul hadiah wang tunai RM10,000, trofi serta sijil, TV LCD 32 inci dan pemain DVD mudah alih.

Jo-Ann membawa kemenangan berganda apabila beliau memenangi kategori Persembahan Terbaik serta dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2009 yang menyaksikan beliau membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil bagi kedua-dua kategori tersebut.

Selain tiga finalis terbabit, lima lagi ialah Nur Azilla Mohd. Ibrahim (Zilla), 23; Saidatul Aina Jamaluddin (Aina) 22; Arnizam Michael (Nizam), 22; Mohammad Adlizan Baharudin (Adli), 23 dan Mohd. Ikbal Abdul Hatam (Ikbal), 18.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.