saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 30/06/2009

Bakal membelah awan biru


Sebahagian pelajar APFT bergaya di hadapan pesawat berdekatan kawasan hangar mereka di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 29 Jun- Seramai 12 kadet juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mendapat pinjaman pelajaran dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan penuh gaya dan azam telah mendaftar masuk hari ini ke Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasifik (APFT) yang bakal membelah angkasa tidak lama lagi.

Kumpulan itu beserta 11 pelajar persendirian lain mendaftar di Crew Residence APFT, Panji dekat sini dengan diiringi ibu bapa yang bersama semasa mereka melakar sejarah baru dalam kehidupan.

Menurut Pengurus Besar Operasi Penerbangan MAS (Bahagian Piawaian Mutu, Teknikal dan Latihan), Kapten Kamarudin Kamilin, program pinjaman pelajaran itu adalah kerjasama kali pertama antara pihaknya dengan Mara setelah sekian lama.

"Kali terakhir adalah pada 1978. Kerjasama kali ini adalah hasil dari memorandum persefahaman antara MAS, Mara dan APFT pada 19 Jun 2008 bagi membolehkan kadet-kadet yang akan belajar di akademi ini mendapat bantuan kewangan," katanya.

Kamarudin berkata, sebelum ini kos pembelajaran kadet di situ ditanggung oleh pihak MAS sendiri.

"Selain Kelantan, kami juga menghantar pelajar ke akademi di Melaka dan Langkawi, Kedah untuk mendapat lesen penerbangan tetapi hanya APFT satu-satunya menawarkan diploma pengurusan penerbangan.

''Jadi kadet kami bukan sahaja belajar untuk dapat lesen membawa kapal terbang tetapi mereka dapat lebih dari itu. Mereka dapat ilmu untuk jadi manusia," katanya.

Tambahnya, MAS yang kini mempunyai lebih 1,200 juruterbang menyasarkan mempunyai juruterbang dari Malaysia sepenuhnya pada tahun 2010.

"Sekarang kita masih ada 24 juruterbang warga asing. Kita harap dengan wujudnya akademi seperti APTF, hasrat itu akan tercapai pada tahun hadapan," kata Kamarudin.

Pihak MAS menghantar kadet juruterbangnya belajar di APFT sejak awal ia beroperasi di Kelantan pada Januari 2006.

Mereka sudah menghantar lapan kumpulan kadet mencecah bilangan lebih 200 orang setakat ini .

APFT yang berpengkalan di Pangkalan Chepa adalah antara tiga sekolah latihan juruterbang yang ada di negara ini dan pertama seumpamanya di Pantai Timur.

Kamarudin berkata, pihak MAS mempunyai kriteria pemilihan yang ketat untuk mengambil kadet yang layak diberi latihan.

Katanya, hanya lelaki berumur sekurang-kurangnya 18 tahun akan diambil dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Lepasan SPM ini perlu lulus pada peringkat pertama dan mempunyai sekurang-kurangnya B dalam matematik, Fizik dan Sains.

''Mereka juga perlu mengikuti ujian yang ditetapkan International Civil Aviation Organisation (ICAO) dengan melalui empat peringkat saringan melibatkan ujian psiko-motor, psiko-metrik, temu duga dan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi APFT, Datuk Faruk Othman berkata, kedudukan akademinya yang menerima pengiktirafan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tunggal dan menawarkan kursus diploma adalah nilai tambah utama yang membezakannya dengan dengan sekolah penerbangan lain.

"Durasi pembelajaran di sini adalah selama 20 bulan dan pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu dan tatacara penerbangan tetapi kita juga mengajar mereka Bahasa Inggeris Penerbangan.

"Sekarang kami mempunyai lebih 45 tenaga pengajar, 30 kapal terbang pelbagai jenis dan 2 simulator untuk melatih pelajar" katanya.

Jelasnya, dengan penambahan enam pesawat tahun ini, APFT kini mempunyai 10 kapal terbang jenis Piper-28, 3 buah Diamond-42, 3 Piper Sinecca, 4 Eagle dan 10 Diamond-40.

Menurut Faruk, kos yuran di APFT adalah RM200,000 yang merangkumi bukan sahaja yuran belajar tetapi penginapan dan pengangkutan.

Katanya, kadet juruterbang di APFT perlu menyempurnakan 860 jam pelajaran di darat dan melakukan 200 jam penerbangan udara sebelum berjaya memperoleh diploma.

Pengambilan pelajar diambil setiap dua bulan sekali dengan maksimum 24 pelajar bagi setiap kumpulan.

Sehingga hari ini APFT telah melahirkan lebih 200 juruterbang yang kini berkhidmat bukan sahaja untuk syarikat penerbangan dalam negara bahkan juga antarabangsa.

''Mereka juga bukan sahaja berjaya melatih anak Malaysia tetapi juga pernah melatih kadet-kadet dari negara luar seperti Nepal," katanya.

Sementara itu, Pengetua APFT, Mejar (B) Datuk Mohd. Khalid Ali percaya pemilihan Kelantan sebagai lokasi akademi itu adalah satu keputusan yang amat tepat kerana faktor sara hidup yang rendah dan pelajar boleh lebih fokus.

"Tidak ada perkara yang boleh mengalih perhatian mereka seperti tarikan yang ada di bandar besar seperti Kuala Lumpur misalnya.

''Pelajar hanya perlu tumpukan kepada pelajaran. Segalanya sudah kita sediakan dari pengangkutan dan tempat penginapan," katanya.

Tambahnya, pihak APFT membina kawasan kediaman 36 vila di Panji yang dikenal sebagai Crew Residence untuk keselesaan pelajar.

"Setiap vila didiami enam penghuni dan dilengkapkan dengan alat penghawa dingin di ruang tengah," katanya sambil memberitahu antara disiplin yang diterapkan di situ adalah pelajar beragama Islam diwajibkan membaca Yasin selepas solat Subuh setiap hari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.