saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 01/07/2009

Al-Ikhsan ingin kekal No.1


BEBERAPA pelanggan mengunjungi kedai peralatan sukan Al-Ikhsan di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 30 Jun - Kira-kira 16 tahun lalu, anak muda ini hanya menjual jersi secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarahnya.

Ali Hassan, 39, penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika itu memilih menjual pakaian sukan kerana meminati bola sepak.

Namun, Ali kini bukan lagi anak muda seperti dahulu yang sering berkejar ke sana sini menjual jersi dengan menjadi orang tengah (runner) dari rumah ke rumah.

Beliau kini memegang jawatan Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) dengan memiliki 59 cawangan syarikat pengedar barangan dan pakaian sukan di Semenanjung.

Kejayaannya itu begitu mengagumkan lantas membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu berniaga dan bersaing dalam perniagaan yang dimonopoli oleh kaum lain.

Ali telah menepis semua kritikan dan tuduhan yang tidak benar kepada usahawan bumiputera yang sinonim dengan sikap malas, kurang pengetahuan dan pengalaman serta tidak ada modal dan jaringan perniagaan.

Ditanya pahit getir yang pernah dilalui sepanjang tempoh 16 tahun mengharungi perniagaan, anak bongsu daripada lapan beradik itu hanya mampu bersyukur dengan nikmat yang dimilikinya hari ini.

"Alhamdulillah, syarikat tidak pernah mengalami sebarang masalah sejak ditubuhkan, sebaliknya aliran pertumbuhannya sentiasa menunjukkan peningkatan sebelum stabil seketika dan meningkat lagi.

"Malah, ketika krisis ekonomi pada 1997 hingga 1998, kami terus berkembang dengan membuka cawangan. Macam tahun ini, orang bercakap tentang kelembapan ekonomi, kami masih terus membuka cawangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Taman Universiti, Skudai di sini baru-baru ini.

Pantas diajukan soalan bagaimana beliau membina jenama Al-Ikhsan sehingga menjadi 'ikon' barangan sukan di negara ini, Ali mengakui, langkah dan perancangan dalam perniagaan masih perlu diteruskan di sebalik kegagalan berkenaan.

"Apa yang penting dalam perniagaan, produk yang ditawarkan mesti bagus. Apabila saya bermesyuarat pada peringkat antarabangsa, saya akan bertarung untuk produk yang berjenama, kualiti terbaik dan harga berpatutan.

"Kita perlu faham bahawa masyarakat hendak pakai produk yang berjenama dan berkualiti baik serta harga yang berpatutan. Disebabkan faktor itu, pelanggan kami semakin ramai. Selain itu, bahagian pemasaran juga melaksanakan kerja dengan baik," katanya.

Melihat gaya hidupnya hari ini, Ali gembira dengan apa yang dikecapi apatah lagi sebagai peminat sukan bola sepak, beliau berpeluang berkunjung ke luar negara untuk menonton perlawanan bertaraf dunia.

"Saya tidak mahu tertipu dengan kejayaan dunia kerana dalam perniagaan, kita berjaya kerana Allah SWT yang memberi kejayaan dan saya hanya menjalankan suruhan-Nya.

"Allah SWT yang menyusun hidup kita dan apa terjadi selepas itu seperti keajaiban dalam kejayaan akan datang dengan sendiri," katanya.

Namun, Ali berkata, syarikatnya menetapkan sasaran untuk membuka lebih 80 cawangan menjelang Disember 2010 dengan sekurang-kurangnya dua cawangan setiap bulan bermula tahun depan.

"Apa yang pasti, kami akan berusaha memastikan Al-Ikhsan akan terus kekal nombor satu selain membuka banyak lagi cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.