saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/07/2009

Malaysia, Indonesia bincang isu pembantu rumah Isnin ini

02/07/2009 9:28pm

SEPANG 2 Julai — Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Buruh Indonesia Erman Suparno di Putrajaya Isnin ini bagi membincangkan perkara berkaitan pekerja Indonesia di negara ini.

Perkara yang akan menjadi agenda utama perbincangan mereka ialah tindakan Indonesia menghentikan penghantaran rakyatnya untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia, kata Dr Subramaniam pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Beliau (Erman) akan berjumpa saya pada tengah hari Isnin. Saya akan terlebih dulu mendengar pendapatnya tentang isu yang ditimbulkan, terutama tentang langkah Indonesia menyekat pembantu rumahnya ke Malaysia. Saya harap perjumpaan ini akan dapat menyelesaikan beberapa isu tertangguh demi manfaat kedua-dua negara,” katanya sebelum merasmikan Program Pembangunan Belia India.

Khamis lepas, Erman mengumumkan negaranya akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya mesyuarat dua hala Malaysia-Indonesia di Kuala Lumpur pada pertengahan Julai bagi membincangkan perjanjian baru mengenai pekerja asing.

Dr Subramaniam berkata Malaysia amat menyedari bahawa ia bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja asing yang bekerja di negara ini.

“Pada waktu yang sama, kami juga bertanggungjawab terhadap majikan yang menggajikan pekerja asing. Saya amat berharap perjumpaan ini akan dapat menyelesaikan isu rumit berhubung tenaga kerja asing, terutama pekerja dari Indonesia,” katanya.

Dr Subramaniam berkata tujuan khusus kunjungan rakan sejawatannya dari Indonesia itu ialah bagi membincangkan isu berkaitan pembantu rumah, “tapi, kalau ada isu lain yang ditimbulkan, kami juga akan membincngkannya.” Katanya perjumpaan itu juga akan menetapkan tarikh berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Tetap Buruh Malaysia-Indonesia.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kerajaan belum menetapkan gaji minimum bagi rakyat Malaysia yang bekerja dalam beberapa sektor.

“Oleh itu, kami serahkan kepada kuasa pasaran bagi menentukan gaji untuk pekerja. Kami sedang menuju ke arah industri berasaskan pendapatan tinggi dan oleh itu kami berpendapat bahawa apabila industri disusun semula secara automatik, pekerja kami akan diberi gaji yang sewajarnya iaitu dalam lingkungan pendapatan tinggi,” kata beliau.

Dr Subramaniam bagaimanapun berkata Majlis Gaji Kebangsaan sedang meneliti cadangan gaji minimum bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor pelayanan, tekstil, elektronik dan keselamatan.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.