saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/07/2009

Festival Muzik Kuala Lumpur 2009

EMPAT tahun penganjuran namun Festival Muzik Kuala Lumpur harus akui bahawa ia belum mampu memberi satu impak besar kepada khalayak mahupun industri hiburan itu sendiri.

Tidak pasti di mana silapnya, tidak banyak yang kita ketahui mengenai penganjuran festival berkenaan yang telah dimulakan sejak 1 Julai 2005.

Namun Wanda harus akui, penganjuran tahun ini memberi satu cetusan baru kepada festival muzik ini yang berlangsung di ibu kota sejak Rabu lalu.

Tahniah kerana pengajur, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya, Hard Rock Cafe dan Life Centre berjaya menyediakan aktiviti muzik yang membuka mata.

Kemunculan Anuar Zain untuk konsert Lelaki Ini di Istana Budaya diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan sesungguhnya memberikan merit kepada penganjuran tersebut.

Juga legenda Datuk Ahmad Nawab yang bergandingan dengan penyanyi berbakat Jamal Abdillah dan Syafinaz serta petikan gitar Man Keedal dan pukulan gendang Steve Thornton yang menggegarkan pentas KL Live - Life Centre.

Tidak ketinggalan Konsert Generasi Baru yang ditunjangi Meet Uncle Husain bersama Koir Kebangsaan yang berlangsung di Hard Rock Cafe.

Sesungguhnya konsert ini, walaupun hanya menampilkan Meet Uncle Hussain, (sepatutnya penganjur menggandingkan kolaborasi beberapa penyanyi/band generasi baru popular semasa) menyedarkan generasi muda bahawa ada sebuah festival yang boleh mereka sertai.

Kerjasama nama-nama besar dalam industri muzik kita ini sesungguhnya memberikan gelombang baru kepada festival berkenaan.

Begitu juga dengan gandingan artis-artis malar segar Malaysia-Indonesia dalam Konsert Nostalgia X'travaganza 'Semalam Di Malaysia' yang bakal berlangsung 10 Julai ini di KL Live - Life Centre.

Kehadiran Tommy J. Pisa, Tetty Kadi, Endang S. Taurina, Ernie Djohan, Vivi Sumanti dan Ria Resty Fauzy bersama Zaleha Hamid, Halil Chik, Malek Ridzuan dan Othman Hamzah mampu memberikan satu nostalgia tersendiri buat penggemarnya - tidak kira baru mahupun lama.

Juga program-program Konsert Ruhani dan Konsert Sounds of Malaysia yang nyata memberikan opsyen dalam menyemarakkan lagi suasana festival berkenaan.

Juga menyemarakkan kembali dunia muzik tempatan yang semakin hari semakin suram.

Sememangnya Festival Muzik Kuala Lumpur dilihat mampu menjadi platform terbaik untuk kita menonjolkan artis dan dunia muzik tempatan.

Namun harapan Wanda cuma satu, dalam usaha mencapai sebuah kesinambungan, jadikan ia sebuah festival yang dikenang kerana pengisiannya.

Tidak sekadar menyajikan sebuah pentas hiburan terbaik, diharap ia juga dapat dijadikan sebuah landasan bagi sebuah wahana ilmu yang mampu menyuntik pembangunan dunia muzik tempatan.

Dan lebih penting, selain hanya diketahui warga tempatan, Wanda merasakan festival ini juga perlu menjangkau ke seberang laut.

Jadikan ia sebuah tempat perhimpunan yang bukan sekadar untuk bersuka ria tetapi harus mempunyai tekad dan usaha memartabatkan industri muzik tanah air di mata dunia.

Mungkin kelihatannya besar untuk dijangkau tapi kata orang tua-tua, tak pecahkan ruyung mana dapat sagunya. Kalau tak berusaha, mana dapat hasilnya.

Jadi teruskan usaha dan bercita-citalah menjadi sebuah penganjuran yang mampu menarik minat orang ke sini - untuk menikmati muzik dan mengagumi muziknya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.