saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/07/2009

Logam Bukit Jelutong emas bodoh


Zainol Husin dan timbalannya, Muhammad Sari Hassan (kiri) menunjukkan logam dari kuari Bukit Jelutong pada sidang akhbar di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 5 Julai - Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang mengesahkan ketulan batu yang ditemui di kuari Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Pendang dekat sini bukan emas seperti didakwa penduduk.

Pengarahnya, Zainol Husin berkata, ketulan batu yang ditemui itu adalah mineral pyrite (FeS2) dan Arsenopyrite (Fe As S) atau dikenali juga sebagai emas bodoh yang berwarna kekuningan.

Beliau berkata, ia kebiasaannya ditemui dalam batuan 'syal' atau sejenis batu lembut yang mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis.

"Mineral ini tidak mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dan ia terbentuk dalam batuan sejak 200 juta tahun yang lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tiga hari lalu, penduduk Kampung Jelutong berpusu-pusu mencari ketulan batu yang didakwa sebagai emas muda di tapak kuari Bukit Jelutong di sini.

Ia menyebabkan kawasan tersebut bagaikan pesta apabila diserbu penduduk yang ingin mencuba nasib mencari emas.

Hari ini, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menjalankan uji kaji bagi menentukan sama ada ketulan batu tersebut mengandungi emas seperti yang didakwa.

Menurut Zainol, ketulan batu tersebut mengandungi sulfur dan boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat belerang dan kandungannya di bukit tersebut terlalu sedikit.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak meneruskan usaha untuk mencari ketulan batu di kawasan kuari itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Jangan mudah percaya dengan cakap orang ramai bahawa batuan ini adalah emas dan saya minta mereka jangan mencarinya lagi," ujarnya.

Sementara itu, seorang pencari batuan tersebut, Ahmad Affandi Saad berkata, dia akan menyimpan ketulan batu tersebut sebagai kenang-kenangan walaupun ia bukan emas tulen.

"Saya dapat cari dalam empat hingga lima ketul dan akan simpan batu ini sebagai perhiasan di rumah sahaja.

"Batu ini cantik dan bersinar-sinar apabila terkena cahaya dan saya tidak kesal walaupun ia bukan emas," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.