saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 06/07/2009

Keindahan pelamin 7 kaum


Pasangan pengantin menggayakan persandingan bagi kaum Portugis.


Pakaian tubuh pahlawan Betawi,

Pelbagai pelamin berwarna warni,

Silalah berkunjung datang lawati.

KUALA TERENGGANU 5 Julai - Demikian serangkap pantun Melayu yang menggambarkan mengenai keceriaan dan kehebatan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.

Keindahan yang digambarkan dalam pantun yang diwarisi sejak zaman berzaman itu adalah selari dengan perkahwinan yang merupakan saat paling bermakna dalam kehidupan seseorang.

Justeru tidak hairanlah sekiranya majlis perkahwinan diatur dan diraikan dengan penuh kemeriahan dan warna warni.

Ia bertujuan untuk menghebahkan serta memperkenalkan pasangan pengantin baru kepada sahabat handai, rakan taulan serta saudara mara sama ada jauh dan dekat.

Pada masa sekarang, setiap pengantin baru menjadikan istiadat persandingan di atas pelamin atau dais pengantin merupakan agenda yang amat penting dan dianggap sebagai acara kemuncak kepada sesuatu majlis perkahwinan.

Sehubungan itu, langkah Muzium Negeri Terengganu menganjurkan Pameran Warna-Warna Pelaminan Malaysia di kompleks muzium itu mampu memperlihatkan kepelbagaian pelaminan masyarakat berbilang kaum.

Pameran yang bermula 22 Jun lalu akan berakhir pada 31 Ogos mempamerkan pelamin perkahwinan tujuh kaum utama di negara ini.

Ini termasuk pelaminan kaum Melayu, Cina, India, Iban, Portugis, Punjabi serta Baba dan Nyonya.

Penolong Pengarah Etnologi Muzium, Mohd. Nor Ismail berkata, pihaknya menganjurkan pameran itu bertujuan memperlihatkan kepelbagaian di samping warna-warni pelaminan mengikut kaum.

Katanya, secara ringkas pelamin membawa maksud pentas dan begitu sinonim dengan perkahwinan dan ia mempunyai pelbagai nama mengikut suku kaum tertentu.

Dalam bahasa Portugis pelaminan dikenali dengan nama 'strada', Iban disebut sebagai 'ruai' dan dalam bahasa Tamil ia dipanggil 'manavarai'.

Namun begitu katanya lagi terdapat juga orang menyebutnya sebagai nama pentas sahaja.

''Walau apa pun ungkapan diberi pelaminan merupakan tempat yang begitu istimewa dibina dengan hiasan yang cantik serta digunakan oleh pengantin pada hari persandingan dengan penuh simbolik dan warna warni," katanya.

Mengulas lanjut Mohd. Nor berkata, pelaminan pengantin Melayu biasanya terdiri daripada tiga, lima atau tujuh tingkat yang dilengkapi dengan sirih junjung, nasi semangat, nasi tabak, telur dan bunga telur, kaki dian (lilin) serta bunga rampai dan air mawar.

Katanya, kesemua peralatan atau aksesori itu menjelmakan maksud simbolik, nilai falsafah yang tersendiri.

Kepelbagaian warna yang dijelmakan pada set pelaminan pada asasnya tidak memberikan makna yang khusus.

''Namun ia berkait dengan warna-warna alam perkahwinan yang penuh dengan kemanisan, kepahitan dan juga kedukaan," katanya.

Mohd. Nor menambah, warna yang kerap digunakan oleh masyarakat Melayu dalam menghias pelaminan ialah warna kuning, merah, hijau, biru dan juga putih.

Katanya, warna-warna yang digunakan pula mempunyai maksud tertentu seperti kuning melambangkan kebesaran dan kemuliaan manakala merah pula melambangkan keberanian.

Sementara itu hijau melambangkan kesuburan, biru pula dilambangkan sebagai sikap romantik dan kasih sayang serta putih menggambarkan ketulusan dan kesucian.

Bagi masyarakat Cina, warna merah menjadi warna utama kerana ia dianggap segar dan melambangkan tuah.

Pelamin atau tempat minum teh dalam perkahwinan mereka dihias dengan warna merah seperti warna tanglung atau angpau.

Bagi masyarakat Iban pula mereka menghias pelamin dengan menggunakan kain tenun pua dan dihiasi rumbai-rumbai jarau.

''Gong turut digantung dan digunakan sebagai alas duduk bagi kedua-dua pengantin kerana mereka percaya gong dapat menghalang unsur-unsur jahat daripada menganggu pasangan pengantin baru,'' ujar beliau.

Menurut Mohd. Nor, pada dasarnya sesuatu majlis perkahwinan penuh signifikan dan bermakna bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Katanya, dengan demikian sudah tentulah setiap pentas persandingan atau pelaminan akan dihias dengan indah dan berwarna warni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.