saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/07/2009

Kerajaan terus latih pakar pulihara artifak


Rais Yatim bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bermesra dengan kanak-kanak selepas merasmikan Perpustakaan Desa Chuchoh Puteri di Kuala Krai, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 6 Julai - Kerajaan akan terus melatih pakar dalam bidang pemuliharaan dan pengekalan bangunan serta artifak yang diiktiraf sebagai khazanah warisan negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu bertujuan memastikan khazanah itu dapat terus ditatap serta mengharmonikan seni budaya tempatan.

Katanya, kumpulan tenaga kerja itu akan dikembangkan melalui usaha berterusan termasuk mengadakan latihan khusus bagi kerja-kerja berkaitan pemuliharaan kayu, batu dan plaster.

''Kumpulan yang sama akan dibimbing bagi menjalankan kajian terhadap pemindahan bangunan dari tapak asal dan cara-cara mengaitkan artifak kepada sejarah.

''Penganalisaan terhadap warisan ini berkait dengan penyelidikan ilmiah dan perbendaharaan warisan. Ia sebagai kesinambungan langkah pemulihan yang berkesan dan teratur," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Warisan Masjid Lama Kedai Mulong di sini, malam tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Datuk Prof. Emeritus Siti Zurina Majid dan penduduk kampung berhampiran.

Menurut Rais, langkah mempertahan dan memulihara khazanah negara tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mana-mana pihak, sebaliknya ia untuk dijadikan warisan kepada generasi muda.

''Langkah ini akan meningkatkan keprihatinan terhadap nilai dan budaya warisan kebangsaan dan memberi kebaikan kepada orang ramai serta mengharmonikan seni budaya tempatan," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais memberitahu, Masjid Lama Kedai Mulong itu asalnya merupakan Balairung Raja Dewa yang mempunyai kaitan dengan sejarah raja Kelantan.

''Seni bina mempunyai pengaruh yang sama dengan Istana Balai Besar di Kota Bharu di mana balairung tersebut awalnya kepunyaan putera Sultan Muhammad III, Tuan Zainal Abidin yang memegang gelaran Raja Dewa.

''Ketika kerja-kerja pembesaran istana Raja Dewa, balairung ini telah dibeli oleh Jawatankuasa Kerja Kampung untuk dijadikan Masjid Kampung Mulong," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.