saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 07/07/2009

Sedih tinggal Dewan Negara


Abdul Hamid Pawanteh bersalaman dengan timbalannya, Wong Foon Meng pada hari terakhir beliau bertugas di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Julai - Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh sedih kerana menamatkan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ketika Dewan itu sedang melalui perubahan yang disifatkannya 'sangat menarik' dengan penyertaan lebih ramai senator daripada parti pembangkang.

Menurut Abdul Hamid, 65, penyertaan ramai senator yang mempunyai latar belakang politik berbeza akan dapat menghapuskan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini yang menyifatkan Dewan itu hanya sebagai 'pak turut' terhadap segala keputusan Dewan Rakyat.

''Saya serahkan kepada rakyat untuk membuat kesimpulan sama ada saya telah menjalankan tugas dengan memuaskan atau tidak sejak menerajui Dewan ini selama enam tahun sehingga hari terakhir hari ini.

''Saya telah berusaha melakukan yang sebaik mungkin bagi memastikan Dewan Negara memainkan peranannya sebagai badan bagi menyeimbang Dewan Rakyat dan memastikan setiap rang undang-undang yang diluluskan tidak mempunyai kecacatan yang boleh merugikan rakyat," ujarnya.

Beliau yang memegang jawatan Yang Dipertua selama dua penggal sejak tahun 2003 pernah menjadi Menteri Besar Perlis dari 1986 sehingga 1995.

Menurut beliau, pesanannya kepada semua Senator ialah untuk terus berpegang kepada tiga prinsip iaitu menghormati sistem pemerintahan negara ini yang berasaskan kepada konsep persekutuan yang menekankan bahawa Kerajaan Pusat dan negeri mempunyai had kuasa masing- masing.

Katanya, para Senator juga harus menyedari bahawa negara ini dihuni oleh rakyat berbilang kaum dan sehubungan itu mereka harus mengelak daripada memperkatakan perkara-perkara yang boleh melukakan hati pihak lain.

''Mereka juga harus berbahas secara beradab dan perlu memastikan apa yang diucap tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan dan kekecohan di dalam Dewan," ujarnya.

Ditanya apakah yang akan dilakukannya setelah tidak lagi menjadi Yang Dipertua, Abdul Hamid memberitahu, beliau akan memberikan tumpuan untuk terlibat dalam perniagaan.

''Saya mempunyai saham dalam syarikat janakuasa elektrik dan mungkin ini adalah masa untuk saya memberikan tumpuan bagi memperluaskan perniagaan ini ke negara-negara lain termasuk Vietnam," ujarnya.

Ditanya adakah beliau akan kembali menyertai Dewan Rakyat termasuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 empat tahun dari sekarang, beliau berkata, kemungkinan itu adalah kecil kerana ketika itu beliau sudah tua iaitu berusia 69 tahun.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.

Dalam pada itu, tempat Abdul Hamid sebagai Yang Dipertua Dewan Negara akan diambil alih oleh timbalannya, Datuk Wong Foon Meng mulai esok.

Foon Meng, 55, adalah Setiausaha Agung MCA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.