saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/07/2009

Banglo RM3.5j bukan RM24j - Khir

SHAH ALAM 6 Julai - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini menjelaskan bahawa banglo miliknya di Seksyen 7, di sini bernilai RM3.5 juta, bukan RM24 juta seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Beliau berkata, pembiayaan rumah itu adalah menerusi pinjaman perumahan daripada HSBC Bank untuk tempoh 30 tahun.

Katanya, dakwaan Suee Lim mengatakan pembelian banglo itu menggunakan sumber kewangan diragui tidak berasas kerana urusan itu dibuat secara pinjaman bank.

"Saya tidak faham kenapa beliau (Suee Lim) mengatakan banglo saya berharga RM24 juta. Kalau benar jumlahnya sebanyak itu saya lantik beliau sebagai ejen untuk jual, saya sanggup beri komisen 50 peratus.

"Saya beli rumah itu termasuk tanah kosong berhampirannya berharga RM3.5 juta melalui pinjaman bank. Masa saya beli daripada pemiliknya, banglo itu sudah ada.

"Cuma banglo itu sekarang saya buat pengubahsuaian. Itu pun saya gunakan duit saya sendiri. Saya rasa tiada yang salah, saya ikut prosedur seperti mana orang lain membeli rumah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Suee Lim hari ini yang mahu Mohd. Khir menjelaskan sumber kewangan berhubung pembelian banglo terbabit.

Ini kerana, Suee Lim mendakwa kos pembinaan banglo itu termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar adalah tinggi iaitu kira-kira RM24 juta.

Katanya, jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Mohd. Khir melalui pendapatan sebagai Menteri Besar yang dianggarkan RM576,000 setahun iaitu RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Mohd. Khir yang juga ADUN Sungai Panjang menyifatkan tindakan Suee Lim tidak lebih kepada bermotif politik.

"Ini kerana usaha saya mendekati serta membantu rakyat di kawasan Sekinchan.

"Saya fikir, beliau menuduh saya dalam perkara ini cuma mahu cari publisiti. Mungkin beliau marah sebab saya 'serang' kawasan tersebut," jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu pembelian banglo itu mahu dijadikan isu untuk dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.