saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 08/07/2009

Malcon West 2 ke Lebanon 16 Julai


Allatif Mohamed Noor memakaikan beret PBB kepada salah seorang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, semalam. - utusan/ Mahathir Ali


KUANTAN 7 Julai - Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan tentera bagi melaksanakan misi pengaman di Lebanon pada 16 Julai ini.

Pasukan dengan kekuatan 380 anggota dan pegawai itu yang dikenali sebagai Malcon West 2 akan menggantikan Malcon West 1 yang telah berada di Lebanon sejak awal tahun lalu.

Turut serta dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ialah tujuh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Mereka akan dihantar ke Lebanon berperingkat-peringkat bermula 16 Julai ini.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohammed Noor berkata, ATM amat berbangga kerana terus diberi kepercayaan dan pengiktirafan oleh PBB untuk terlibat dalam melaksanakan misi pengaman itu.

"Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan iaitu dengan penambahan 150 anggota dalam misi di Lebanon pada kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan penyerahan Bendera Malaysia dan pemakaian Beret PBB Malcon West, Kem Batu 10 di sini hari ini.

Pada awal Mac 2008, PBB membuat tawaran rasmi kepada Malaysia untuk menghantar satu kompeni infantri bagi menggantikan Kontinjen Qatar yang menarik diri.

ATM bersetuju terlibat dalam misi itu sebagai kontinjen yang mewakili negara dengan nama Malcon West 1.

Setelah sembilan bulan di Lebanon, Malcon West 1 digantikan Malcon West 2 yang akan meneruskan kesinambungan penugasan dalam pasukan sektor barat Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lebanon.

Allatif memberitahu, penambahan anggota itu merupakan permintaan PBB untuk meningkatkan kekuatan di Unifil.

"Diharap dengan penambahan anggota ini, perkhidmatan ATM di Lebanon akan diiktiraf bukan saja oleh PBB malah di kalangan negara lain yang terlibat dalam misi ini," katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, Malcon West 2 membuat persediaan rapi sepanjang tempoh tiga bulan berada di Kuantan.

"Setiap anggota telah menjalankan latihan yang dikenali sebagai 'Force Integration Traning' (FIT) yang dirangka khusus untuk meningkat kemahiran setiap anggota," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.