saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/07/2009

Memartabatkan seni khat Jawi


SEBAHAGIAN pelajar sekolah daerah Jempol khusyuk membuat tulisan khat ketika menyertai pertandingan tulisan khat Jawi sempena program Titipan Za'ba di Teratak Za'ba, baru-baru ini. - utusan/Abd Razak Aid


JEMPOL 7 Julai - Sejauh mana anda mampu menguasai tulisan dan bacaan dalam Jawi.

Persoalan ini bukan memerlukan jawapan spontan tetapi perlu direnung sedalam-dalamnya bahawa tidak ramai generasi muda hari ini mampu menguasai tulisan dan bacaan dalam Jawi sehingga mereka melihat ia satu yang tidak penting dalam kehidupan.

Namun begitu, masih ada sebahagian generasi muda mampu menghayati tulisan dan bacaan Jawi dengan baik, malahan ia dibuktikan mereka melalui penghasilan tulisan khat Jawi yang bermutu tinggi.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Batu Kikir dekat sini, Nurul Haziqah Ishak, 17 berkata tidak rugi kita belajar tulisan Jawi kerana ia memberi manfaat yang besar dalam kehidupan harian.

''Saya menyertai pertandingan tulisan khat Jawi kerana melihat ada unsur kerohanian dalam penghasilan seni khat itu. Malahan ia memperlihatkan ketajaman pemahaman pada erti dan maksud ayat dan perkataan yang dihasilkan," ujarnya.

Nurul merupakan antara pemenang dalam pertandingan tulisan khat Jawi sempena program Titipan Za'ba di Teratak Za'ba, di sini baru-baru ini.

Katanya, tulisan Jawi mempunyai seni tersendiri dan apabila ia digarap dengan kemahiran yang tinggi, maka hasilnya akan lebih bermutu serta dikagumi.

Sementara itu pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Intergrasi Jempol, Nurhakim Ibrahim, 17 memberitahu, tulisan Jawi boleh dijadikan identiti kebangsaan dan pemakaiannya hendaklah tidak terhad kepada acara berunsur agama semata-mata.

''Hari ini kita lihat tulisan Jawi terlalu sedikit pemakaiannya sedangkan dahulu ia merupakan satu identiti kebangsaan.

''Selain kita menghayati penulisan Jawi dalam konteks tulisan khat, ia boleh dijadikan asas kepada rekaan logo untuk agensi kerajaan terutamanya di Putrajaya. Kita akan melihat tulisan Jawi kembali dimartabatkan," katanya.

Tambah Nurhakim, untuk menjadikan seseorang itu mahir dalam tulisan khat Jawi, mereka perlulah berlatih setiap hari, selain mencuba pelbagai formasi untuk ia kelihatan lebih terserlah tanpa menjejaskan maksud dan pengertian ayat.

Mohamad Ghadafi Adnan, 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor di sini pula menjelaskan sepatutnya tulisan, artifak dan bahan berkaitan tulisan Jawi ini didokumentasikan sebagai rujukan kepada generasi muda.

Katanya, Negeri Sembilan boleh menjadi pelopor dalam mewujudkan sebuah Galeri Jawi, yang sebelum ini belum digerakkan secara serius dan peranan itu boleh dimainkan bersama akhbar Utusan Melayu Mingguan.

''Malulah jika bangsa Melayu tidak tahu membaca Jawi. Sekurang-kurangnya kita mempunyai bahasa persuratan yang boleh dikongsi sesama bangsa Melayu dalam kaedah dan susunan tatabahasa yang cantik," jelasnya.

Dia yang menyertai pertandingan tulisan khat Jawi buat pertama kalinya memberitahu walaupun karya yang dihasilkan itu kurang aspek seninya, dia tetap berbangga kerana mencuba.

''Daripada menjadi penonton, lebih baik kita mencuba. Esok kalau ada orang bertanya saya, pernahkah menyertai pertandingan tulisan khat Jawi, tentulah saya gembira kerana saya adalah sebahagian mereka yang melonjakkan tulisan Jawi daripada pupus dalam arus pembangunan moden," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.