saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 09/07/2009

Tidak perlu kerja keras berkempen

KUALA KRAI 8 Julai - Calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah berkata beliau tidak perlu bekerja keras seperti dilakukan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat untuk menawan hati pengundi kerana berpendapat tidak banyak isu yang perlu diterangkan kepada rakyat di Manek Urai.

"Saya tidak perlu bekerja keras tetapi hanya perlu berdamping dengan pengundi. Tidak banyak isu yang perlu untuk saya jelaskan kepada pengundi," kata Mohd. Fauzi.

Mohd. Fauzi (gambar) mendakwa pengundi di Manek Urai sememangnya tidak memerlukan wakil rakyat berpelajaran tinggi seperti beliau tetapi yang penting ialah memastikan harapan rakyat dibela dan diberi perhatian tinggi.

"Orang Manek Urai perlukan orang macam saya (tidak berpelajaran tinggi) tetapi perlu berdamping dengan mereka, cukuplah.

"Saya tidak sama dengan Allahyarham Ismail Yaacob tetapi latar belakang (dalam pendidikan) seakan sama," katanya.

Mohd. Fauzi, 50, yang tamat pendidikan di peringkat menengah rendah itu adalah seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai berbanding Tuan Aziz, 39, yang mempunyai lulusan di peringkat ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan merupakan bekas Pengurus Bahagian Pemantauan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pada sidang media di Markas Induk Pas Manek Urai di sini hari ini, penasihat jentera pilihan raya PaS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, penduduk Manek Urai cukup hanya memerlukan pemimpin yang boleh bertemu pegawai daerah bagi menyelesaikan isu tanah dan bukannya mementingkan pelajaran. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.