saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 11/07/2009

Buaya Melaka tarik pelancong


PENGUNJUNG teruja melihat buaya dalam kandang di Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


MELAKA 10 Julai - Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), Ayer Keroh di sini bukanlah satu produk pelancongan baru di negeri ini tetapi ia terus mendapat tumpuan pelancong yang datang ke Melaka.

Terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar, TBRM mula beroperasi pada 1987.

Dengan keluasan 3.2 hektar, taman yang mempamerkan spesies yang sudah wujud lebih 250 juta tahun lalu itu mempunyai 118 ekor buaya termasuk dari luar negara.

Antara spesies yang ada ialah buaya Siam, buaya jelujung, buaya tembaga dan mugger.

Pegawai Pemasaran TBRM, Noor Fadzillah Mohd. Fadzly berkata, antara tarikan lain TBRM ialah Taman Permainan Air, Rumah Cermin dan Misteri, Rumah Hantu dan menaiki kereta api mini taman Jurassic.

Menurutnya, pentas pertunjukan baru dan Malaysia In Miniature yang mengandungi 13 replika bangunan bersejarah di Malaysia adalah antara tarikan terbaru TBRM.

"Malaysia In Miniature mempunyai bangunan KLCC, A'Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang, Tugu Negara dan Litar F1 Sepang yang dijangka siap awal tahun depan.

"Kita tidak mahu menjadikan taman buaya ini sekadar mempamerkan reptilia, sebaliknya menjadi pusat rekreasi yang sesuai untuk semua aktiviti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Taman Permainan Air seluas 557 meter persegi pula dilengkapi beberapa permainan untuk kanak-kanak seperti air terjun, air pancut, gelongsor badan dan taman permainan air.

Katanya, taman air yang boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa itu juga sesuai untuk diadakan majlis-majlis keraian.

Noor Fadzillah menambah, pentas pertunjukan baru yang sedang dalam pembinaan pula mampu memuatkan sebanyak 500 pengunjung.

"Ia bagi menggantikan pentas pertunjukan sedia ada yang cuma mampu memuatkan 200 orang pada satu-satu masa.

Tambahnya, taman yang mempunyai 26 kolam buaya itu juga menyediakan kemudahan tandas dan surau untuk kemudahan pengunjung beragama Islam.

Katanya, pertunjukan buaya, ular dan silap mata akan diadakan pada setiap hujung minggu.

"Alamilah debaran menyaksikan pelatih buaya meletakkan kepalanya di dalam mulut seekor buaya besar seberat 500 kilogram," katanya.

Para pengunjung TBRM dikenakan bayaran RM10 untuk setiap dewasa dan RM6 kanak-kanak.

Ia dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi TBRM di nombor 06-2322349/2322350 atau Noor Fadzillah di talian 017-6611476.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.