saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/07/2009

Prestasi Najib akan melonjak - Dr. Mahathir


DR. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tersenyum gembira apabila anak mereka, Maizura menerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen di Kampus Induk Universiti Limkokwing di Cyberjaya, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


CYBERJAYA 11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan melonjak jika pelbagai program yang disasarkan dalam pentadbiran beliau tercapai.

''Kalau tercapai memanglah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing yang menyaksikan anak beliau, graduan ijazah Komunikasi Profesional, Maizura Mahathir sebagai penerima Anugerah Presiden universiti itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir ditanya pandangannya mengenai 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak sempena genap 100 hari menjadi Perdana Menteri hari ini termasuk enam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) untuk mencapai matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Sementara itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) gembira dengan pengumuman Perdana Menteri hari ini mengenai langkah drastik mengurangkan kadar jenayah dan rasuah di negara ini.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengumuman itu wajar kerana isu pencegahan jenayah harus diberikan keutamaan berikutan peningkatan kadar jenayah yang semakin berleluasa.

"Saya menyambut baik pengumuman itu kerana sudah sampai masanya tindakan serius dan berkesan diambil bagi memerangi isu jenayah.

"Ini merupakan satu iltizam buat saya dan MCPF bagi memperkasakan lagi usaha kami ke arah pengurangan dan pencegahan jenayah,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Lam Thye memberitahu, MCPF sedia memainkan peranan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan masyarakat untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan langkah tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.