saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/07/2009

Rombak Exco: Azmin bidas Teresa Kok

SHAH ALAM 13 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim dibidas kerana hanya menyentuh cadangan rombakan Exco kerajaan negeri di akhir penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang bangun ketika Teresa menyentuh isu tersebut berkata, perkara itu sepatutnya disentuh di peringkat awal sesi penggulungan.

Katanya, tindakan Teresa itu menunjukkan beliau tidak berani berhadapan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang yang lain bagi membincangkan cadangan tersebut.

''Kenapa tidak guna Dewan ini untuk membincangkannya terus di hadapan ADUN pakatan pembangkang.

''Sebaliknya Kinrara dilihat lebih suka menggunakan media untuk menyatakan perkara ini. Saya ketua backbenchers, saya bukan yes man. Apa yang saya kemukakan dalam Dewan ini adalah pandangan rakyat,'' katanya.

Menurut Azmin, selepas membuat cadangan supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak Khamis lalu, beliau telah menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Katanya, ada antara SMS itu yang menyatakan terlalu sukar untuk rakyat berjumpa dengan sesetengah ADUN bagi menyuarakan masalah mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.