saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/07/2009

Melayu perlu cari kejernihan

IPOH 14 Julai - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, bangsa Melayu perlu membina perpaduan yang lebih kukuh supaya terus memiliki daya tahan dalam menghadapi gelombang dan arus globalisasi.

Menurut baginda, bagi mencapai hasrat itu, orang Melayu perlu bijak 'mencari kejernihan dan membuang yang keruh' bersandarkan semangat persaudaraan Islam.

"Jika orang Melayu menghayati ajaran Islam sepenuhnya termasuk dalam aspek pekerjaan dan kehidupan harian, kejayaan bangsa akan terus dapat ditingkatkan dan perpaduan bangsa akan bertambah erat," titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 bertemakan 'Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat' di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; serta Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Sultan Azlan Shah bertitah, bangsa Melayu perlu mengambil pengajaran daripada peringatan yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

Menurut baginda, kitab suci berkenaan secara jelas menyatakan modal pengupayaan terbaik bagi sesuatu umat adalah menjadi umat bertakwa, penjana kemakrufan, penegah kemungkaran dan berpaksi kepada sinergi keimanan kepada Allah.

"Bangsa yang gagal menghayati dan mengamalkan sifat-sifat sedemikian akan membawa kejatuhan dan terpinggir bangsanya di dunia ini," titah Sultan Azlan.

Baginda memberitahu, sebelum kedatangan Islam ke alam Melayu, bangsa Melayu pernah berpegang kepada pelbagai fahaman animisme dan agama.

Bagaimanapun, titah baginda, hari ini Islam bertapak kukuh dalam setiap jiwa bangsa Melayu malah agama itu telah memberi identiti dan turut mengangkat martabat bangsa Melayu.

Menurut baginda, nyata sekali Islam berperanan penting menyuntik kandungan kerohanian lebih kukuh kepada bangsa Melayu sehingga berjaya membina satu ukhuwah perpaduan yang amat padu.

Titahnya, dalam menghayati Islam sepenuhnya, bangsa Melayu perlu didorong mengamalkan etika kerja tinggi, bersih, cekap dan amanah, bebas daripada menyalahguna kuasa, menyeleweng atau melakukan rasuah.

"Jika bangsa Melayu dapat disemai dan memiliki sifat-sifat sedemikian, Melayu akan menjadi bangsa yang mulia, dihormati lagi disegani," titah baginda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.