saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/07/2009

TPM kecewa kata-kata kesat penyokong Pas

KUALA KRAI 14 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan provokasi penyokong Pas yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau hairan dengan tindakan penyokong parti itu yang berjuang untuk Islam tetapi tergamak melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama suci itu.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas bertanggungjawab berikutan kegagalan mengawal ahli-ahli mereka daripada menghina pemimpin dan penyokong parti lawan.

"Mengata sesama manusia dan keluarkan kata-kata kesat serta nista, bagi saya cukup memeranjatkan kerana ia keluar dari mulut ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam,'' katanya kepada pemberita selepas melawat peti undi di Chucoh Puteri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Datuk Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Seawal pukul 9 pagi, Muhyiddin mula melawat pusat pembuangan undi dan bilik gerakan BN untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil itu dari dekat.

Beliau meluangkan masa bermesra dengan penduduk tempatan serta jentera BN di beberapa kawasan sebelum perhentian terakhir di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Lata Rek di sini.

Terdahulu, di peti undi Chuchoh Puteri, para penyokong Pas menghamburkan kata-kata kesat terhadap Muhyiddin.

Mengulas kata-kata kesat yang dilemparkan ke atasnya, Muhyiddin berkata : "Itu tidak apalah, mungkin saya dapat pahala lebih. Itu tok guru ajar saya."

Beliau percaya penyokong pembangkang itu terlalu terpengaruh dengan sentimen ingin menang sehingga sanggup menghalalkan segala-galanya termasuk mengeluarkan perkataan yang kesat.

Baginya, tindakan provokasi tersebut dilakukan oleh penyokong Pas yang datang dari luar Manek Urai kerana tidak memahami budaya masyarakat setempat.

"Orang Pas dan UMNO tempatan adalah baik, yang jadi masalah orang luar kerana mereka tidak memahami budaya malahan amat memalukan kalau mereka kata parti berjuang untuk Islam tapi perbuatan mereka tidak Islamik," katanya.

Beliau turut diminta mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang kecewa kerana arahan supaya penyokong kedua-dua parti berada sekurang-kurangnya 50 meter dari pusat pembuangan undi, tidak dipatuhi.

Muhyiddin berkata, masalah itu timbul selepas Pas melanggar arahan tersebut terlebih dahulu.

"Jadi kalau BN tak buat, semangat orang BN akan berkurang, jadi mereka kembali bersemangat. Kalau pihak di sana (Pas) tidak mulakan, kawasan itu akan menjadi tenteram.

"Kita ikut undang-undang, patuh pada arahan, tak buat provokasi, ini budaya yang sihat tapi mereka bawa budaya tidak baik. Nasib baik hanya berlaku di satu dua tempat sahaja," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, secara umumnya pilihan raya kecil itu berjalan dengan lancar malah sambutan pengundi juga begitu memberangsangkan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.