saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/07/2009

Usul rombak Exco dibawa pada sidang DUN

SHAH ALAM 14 Julai - Cadangan rombakan barisan Exco kerajaan negeri Selangor akan terus diutarakan biarpun tidak dipersetujui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie berkata, majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor menyokong cadangan tersebut.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini mereka akur dengan pendirian Menteri Besar tetapi itu bukan penamat sebaliknya cadangan tersebut akan diketengahkan apabila tiba masanya.

Beliau memberitahu, cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang juga pengerusi kelab itu Khamis lalu mendapat sokongan majoriti ahli BBC dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat kelab.

''Kita mahu fungsi dan tanggungjawab Exco ini berjalan seperti yang sepatutnya dan cadangan itu merupakan satu petunjuk yang barisan Exco perlu lebih pantas dalam menjalankan tugas. Sekiranya tiada perubahan selepas ini, sesuatu perlu dilakukan,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Azmin supaya Abdul Khalid merombak barisan Exco kerajaan negeri biarpun mendapat tentangan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Cadangan itu kata Azmin, bukan bermakna anggota Exco sedia ada perlu dipecat, sebaliknya rombakan boleh dilakukan dengan menukar portfolio mereka.

ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang turut bersetuju dengan cadangan tersebut berkata, rombakan yang dicadangkan bukan merujuk kepada perubahan jawatan sahaja tetapi mungkin juga rombakan 'jiwa' para Exco.

''Sebenarnya apa yang dilakukan Azmin ada betulnya untuk kebaikan pentadbiran kerana sekarang ini memang ada masalah dalam pentadbiran. Ini merupakan satu mesej kepada barisan Exco agar memperbaiki kelemahan mereka,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail pula berkata, beliau yakin jika cadangan itu ada asasnya dan boleh membawa kebaikan kepada kerajaan negeri, pasti Menteri Besar akan mempertimbangkannya

''Kita boleh terima semua cadangan termasuk yang dilontarkan Azmin. Tetapi untuk rombakan Exco ini biarlah Menteri Besar yang tentukan kerana itu di bawah kuasa beliau,'' katanya.

Beliau juga menyifatkan Azmin membawa budaya baru dan ia tidak salah kerana kedudukan Exco bukan istimewa sehingga tidak boleh ditegur.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar pula menolak cadangan itu dan berpendapat ia sepatutnya dibincangkan pada mesyuarat peringkat dalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim pula enggan mengulas dengan alasan telah membuat ulasan dalam laman blognya semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.