saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/07/2009

KENA GANTUNG


Seramai 18 daripada 20 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam. Langkah itu diambil sebagai membantah usul Dewan yang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan 4 Ahli Dewan Undangan Negeri BN daripada menghadiri sidang Dewan kerana didakwa menghina.


SHAH ALAM 15 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo serta empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang digantung setahun manakala empat yang lain dikenakan hukuman selama enam bulan.

Usul penggantungan kelima-lima ADUN BN itu diluluskan persidangan DUN hari ini dan keputusan diumumkan Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohd. Talha pada pukul 3.07 petang ini.

Empat ADUN BN yang digantung ialah Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

Berikutan itu, kesemua kemudahan, elaun dan hal-hal berkaitan bagi kelima-lima wakil rakyat itu dihentikan sepanjang pengantungan tersebut.

Mohamad Khir digantung kerana dikatakan menghina DUN ekoran tidak hadir dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan mengkritik jawatankuasa itu.

Empat lagi ADUN tersebut diambil tindakan penggantungan itu kerana mengkritik Selcat menerusi media.

Usul tersebut mendapat sokongan majoriti ahli-ahli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Ia dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) dan turut dibahaskan Suhaimi Shafeie (PKR-Seri Muda), Jaya Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Amiruddin Shaari (PKR-Batu Caves), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang).

Selcat ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bertujuan mengetahui penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Dalam pada itu, Mohamad Khir ketika dihubungi berkata, beliau akan menyerahkan tugas Ketua Pembangkang kepada timbalannya, Datuk Satim Diman (BN-Sri Serdang) sepanjang tempoh penggantungan tersebut.

Katanya, penyerahan tugas itu dilakukan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus berperanan menegur serta menasihati kerajaan negeri dalam melaksanakan pentadbiran di Selangor.

‘‘Walaupun saya dan empat ADUN BN lain digantung, ia tidak menghalang kami daripada terus menegur dan menasihati kerajaan negeri.

‘‘Ini kerana, BN masih mempunyai 15 lagi ADUN yang akan meneruskan peranan itu,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.