saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/07/2009

Aznil 'takut' kendali Macam-Macam Aznil


QUE Haidar (kanan) antara tetamu jemputan program Macam-Macam Aznil ketika menjayakan segmen Tangkap Leleh.


MENJADI tunjang dan tonggak utama rancangan bual bicara Macam-Macam Aznil (MMA) membuatkan ramai peminat rancangan itu setia menanti sehingga habis waktu siaran.

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali. Tidak kira tua ataupun muda malah, berbilang kaum juga turut mengenalinya.

Begitulah magis dan berpengaruhnya figura dan pemilik nama Aznil Nawawi ini.

Jika suatu waktu dahulu dia dikatakan begitu sinonim sebagai pengacara rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia, kini namanya cukup gah sebagai 'orang kuat' rancangan MMA yang menerima pelbagai anugerah termasuk Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004).

Bukan itu sahaja, MMA turut menerima anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik pada Asian Television Award 2005 di Singapura dan Bual Bicara Terbaik kategori Penerbitan Dalaman pada Anugerah Skrin 2007.

Ditemui pada rakaman episod ke-20 MMA musim kelima baru-baru ini, pemenang anugerah Pengacara TV Terbaik, Anugerah Sri Angkasa 2005 itu rancak berkongsi pengisian dan kandungan MMA musim terbaru.

Untuk musim baru, MMA bakal memulakan siaran pada 23 Ogos ini pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Ria (saluran 104, Astro).

Menonton MMA seperti yang sering disebut ramai, sememangnya tidak kering gusi.

Bukan sahaja melihat telatah spontan pengacaranya, tetapi juga aksi bersahaja yang ditunjukkan oleh tetamu jemputan, peserta dan penonton.

Namun, di sebalik gelak ketawa dan aksi lucu yang dipertontonkan, tiada siapa tahu bahawa pengacara itu sebenarnya menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan rancangan kendaliannya itu terus diminati.

"Tanggungjawab saya terhadap harapan yang diberikan oleh Astro dan juga pelanggan-pelanggannya, membuatkan saya berasa takut. Terasa diri seperti berada di bawah mikroskop kerana sentiasa diperhatikan oleh dua pihak.

"Masyarakat kita di Malaysia berlainan. Mereka sentiasa memerhati bukan sahaja di kaca televisyen tetapi juga di luar.

"Sebab itu saya kena sentiasa berhati-hati kerana apa yang saya lakukan di luar mungkin akan mempengaruhi rating rancangan ini," kata penyanyi dan penyampai Era FM itu lagi.

Sebagai personaliti yang cukup diminati di kalangan pelbagai golongan, mungkinkah status pengacara yang kini bergelar haji itu bakal memberi kelainan dalam corak kendaliannya terhadap sesuatu rancangan?

Dengan tenang Aznil memberitahu, sehingga kini tiada sebarang masalah dengan statusnya itu.

"Tambahan pula, saya rasa kerja saya bukan kerja hina atau yang boleh menyesatkan sesiapa sahaja yang menonton.

"Cuma sekarang, saya ambil inisiatif untuk lebih berhati-hati dalam pertuturan sebab saya sedar yang menonton juga terdiri daripada anak-anak kecil yang melihat saya sebagai idola mereka.

"Bagaimanapun, saya masih lagi tidak kurangkan pada elemen-elemen hiburan yang masih mempunyai mesej tersendiri," kata Aznil lagi.

Perbaiki kekurangan

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa sejak MMA bersiaran di saluran Prima (saluran 105, Astro), kekuatan rancangan itu seakan pudar berbanding sebelumnya.

Apatah lagi segmen yang dahulunya menjadi tarikan utama MMA iaitu segmen Anak-Anakku dan Kandid tidak lagi tersenarai dalam rancangan itu.

Apa yang tidak sedap didengar, ramai di kalangan penonton setianya merungut apabila dalam segmen yang melibatkan audiens di kalangan mereka yang berumur menari dan mengambil bahagian dalam rancangan itu.

Menyedari apa yang berlaku, jelas Aznil, perubahan siaran dari saluran Ria ke saluran Prima pada musim lalu membuatkan MMA mengalami perubahan dari aspek format siaran.

"Saluran Ria fokusnya lebih kepada golongan muda berbanding Prima yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Sebab itu ada segmen yang kita libatkan golongan berumur sebab kami mahukan mereka menjadi sebahagian daripada program itu," kata Aznil mempertahankan rasional segmen itu diadakan .

Pada masa yang sama, Aznil menjelaskan, lazimnya MMA menjalani rakaman sekali gus untuk 26 episod.

Justeru, apabila timbul rungutan berhubung penglibatan golongan tersebut yang dianggap tidak manis oleh sesetengah, pihak produksi MMA sukar untuk melakukan perubahan.

Sebaliknya, Aznil berkata, perubahan hanya boleh buat ketika rakaman musim seterusnya dilakukan.

"Apabila sudah beralih semula ke saluran Ria, kita cuba bawa kembali perubahan. Sebab itu segmen yang melibatkan kanak-kanak kecil kita kembalikan dalam segmen Cili Padi," jelas beliau lagi.

Untuk musim baru MMA, pelbagai perubahan dilakukan. Bukan sahaja kembali bersiaran ke saluran Ria malah, perubahan dapat turut melibatkan pengenalan segmen-segmen baru.

Untuk musim kali ini, sebanyak enam segmen bakal mengisi setiap 26 episod yang berdurasi selama satu jam itu.

Segmen-segmen tersebut termasuklah segmen Pakaian Beragam, Debat Kecoh, Tangkap Leleh, Cili Padi, 1 Malaysia dan Ribut Taufan.

Dalam segmen Pakaian Beragam, sebuah keluarga meliputi ibu bapa dan anak-anak ditampilkan setiap minggu.

Dengan konsep pakaian tersendiri ke pentas serta menari diiringi lagu tema MMA, hanya mereka yang sporting dan kreatif bakal menerima hadiah di episod terakhir.

Debat Kecoh pula menonjolkan kelainan apabila menggabungkan artis dan penonton berdebat sesuatu isu.

Bagi segmen Tangkap Leleh pula menguji kemampuan dan kemahiran seseorang artis dan penonton melakonkan adegan menangis.

Jika dahulu MMA cukup terkenal dengan segmen Anak-Anakku, kini pembaharuan dilakukan dengan membawa segmen Cili Padi. Dikhaskan untuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun, segmen tersebut menguji kebolehan dan pemahaman mereka tentang simpulan dan peribahasa Melayu.

Antara yang menarik ialah segmen 1 Malaysia yang membawa penonton mempelajari pelbagai bahasa di negara ini termasuk bahasa Cina dan India.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.