saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/07/2009

Wanita bekerja perlu bijak seimbang tugas

KUALA LUMPUR 16 Julai - Golongan wanita yang bekerja perlu bijak menyeimbangkan antara tugas hakiki di pejabat dengan tanggungjawab menguruskan rumah dan keluarga agar mereka dapat dicontohi dan tidak dipandang negatif.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman berkata, mereka perlu membuktikan masih mampu menggerakkan aktiviti di luar tugas.

''Saya harap semua anggota Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dapat melaksanakan peranan yang diberikan kepada mereka dengan berkesan,'' katanya ketika berucap pada majlis Kunjungan Kasih, Tautan Mesra Puspanita DBP di sini hari ini.

Beliau yang juga Penaung Puspanita Kementerian Pelajaran menegaskan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Puspanita hanya akan mencerminkan imej organisasi itu kepada pihak luar.

"Saya berharap pihak pengurusan DBP sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap aktiviti Puspanita baik di peringkat bahagian mahupun kementerian," katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz yang juga Penasihat Puspanita DBP serta Pengerusi Puspanita Kementerian Pelajaran, Puan Sri Wan Norasiah Che Jaafar.

Noorainee seterusnya mengalu- alukan DBP yang memberi peluang kepadanya mengenali warga kerja agensi itu.

Beliau juga merakamkan kebanggaan terhadap Kempen Derma Darah DBP yang dianjurkan Puspanita DBP dengan Bahagian Komunikasi Korporat DBP baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semua ahli jawatankuasa Puspanita DBP meneruskan usaha meningkatkan keterampilan wanita dan imej DBP serta Kementerian Pelajaran.

Terdahulu Termuzi dalam ucapannya berkata, wanita kini tidak lagi dianggap sebagai penghuni tetap ceruk dapur tetapi menjadi entiti penting dalam pembangunan ummah.

Menurutnya, kredibiliti wanita tidak lagi dipandang ringan kerana keupayaan mereka mampu membuatkannya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki.

Jelasnya, wanita kini dihormati bukan sahaja kerana paras dan budi bahasa mereka tetapi kerana ilmu yang dimiliki.

Beliau seterusnya meminta anggota Puspanita DBP membawa semangat tersebut ke rumah untuk anak-anak dan ahli keluarga lain agar mereka terdidik dalam ruang dan acuan yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.