saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/07/2009

Elaun penerima PGB, SP naik


Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan bersama sebahagian pegawai dan anggota Malcon West berlepas ke Lebanon di Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. - UTUSAN/IZHAM JAAFAR


SUBANG 16 Julai - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) bakal menerima 'hadiah istimewa' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Pahlawan hujung bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun kenangan bagi penerima pingat PGB dan SP untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

''Kerajaan sebelum ini memberikan elaun RM300 bagi penerima PGB dan RM500 bagi SP setiap bulan,'' ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penghantaran Kompeni Tambahan 150 anggota pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Ahmad Zahid bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor turut menyertai anggota pengaman Malcon itu yang berlepas dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang disewa khas oleh TUDM.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, elaun sedia ada tidak berbaloi dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh para penerima pingat tersebut semasa mereka bertugas mempertahankan keselamatan negara.

"Justeru kita mencadangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengkaji semula elaun kenangan yang diberikan kepada penerima PGB dan SP.

"Hasil kajian dijalankan, kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun ini tetapi jumlahnya akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri pada 31 Julai ini iaitu bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Pertahanan akan memperkenalkan Program Kesiapsiagaan Keselamatan bagi menyedarkan masyarakat tentang perlunya bekerjasama dengan tentera dan polis untuk menjaga keselamatan negara.

''Program yang dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijangka diperkenalkan di seluruh negara dalam tempoh terdekat ini,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.