saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 18/07/2009

Cabaran lasak di Discover Bayu Baling


MENUNGGANG motosikal scramble di dalam hutan mampu memberikan kepuasan.


KETEKUNAN dua sahabat karib menguasai teknik mengendalikan jentera pacuan empat roda (4X4) bukan sahaja membuahkan hasil malah melayakkan mereka menyertai cabaran yang lebih besar dalam sukan yang digemari itu.

Pasangan Saiful Affandee Mohd. Rais dan Kamarulzaman Ahsan baru-baru ini membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 termasuk yuran penyertaan ke Cabaran Rainforest 2009 bernilai kira-kira RM12,000.

Kemenangan diperoleh mereka setelah menewaskan pasukan lain dalam kategori mahir pada Cabaran 4X4 Tourism Malaysia Discover Bayu Baling yang diadakan di Rimba Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling.

Acara selama tiga hari yang bermula pada 26 Jun lalu itu disertai oleh 60 pasukan pacuan empat roda melalui dua kategori pertandingan iaitu mahir dan novis.

Selain keupayaan jentera yang dipandu, pengalaman dalam beberapa pertandingan sebelum ini serta aktif dalam aktiviti meredah hutan memberi kelebihan kepada pasukan juara.

Dengan kejayaan itu, mereka kini perlu berusaha dan berlatih dengan lebih gigih untuk mengikuti Cabaran Rainforest yang merupakan ikon sukan 4X4 terkemuka di dunia, anjuran rakyat tempatan.

"Kami berbangga dengan kejayaan hari ini tetapi cabaran yang menunggu di depan (Cabaran Rainforest) jauh lebih hebat," ujar Saiful Affandee selepas majlis penyampaian hadiah.

Tempat kedua dimenangi pasangan adik-beradik, Mohd. Zarani dan Mohd. Zahari Abu Seman dengan 836 mata manakala Ahmad Mustafa Ghazali dan Yusuf Mahmud menang tempat ketiga dengan 811 mata.

Dalam kategori novis, Mohamad Idrus Salleh dan Mohamad Ayudin Zulkifli dinobatkan juara. Di belakang mereka adalah pasangan Lee Jit Sheng dan Ngoh Pee Chuan. Tempat ketiga disandang oleh Chen Boon Chin dan pembantu Chang Wah How.

Acara yang dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu dan Tourism Malaysia itu menyediakan sembilan cabaran utama yang harus dilalui setiap peserta.

Majlis pelepasan jentera dari perkarangan Dewan Kenangan Tun Razak, Baling disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ketua UMNO Bahagian itu.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Ishak Mat yang mewakili ADUN Bayu, Azmi Che Husain.

Selain pertandingan 4X4, acara juga bertujuan memperkenalkan Ulu Legong sebagai destinasi pelancongan dan hab sukan pacuan empat roda.

Lokasi dikenali sebagai satu-satunya penempatan orang asli kaum Keng Siu yang terdapat di Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Acara, Jasni Shafie, penganjuran sukan lasak yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat negara ini mampu memberi impak positif kepada industri pelancongan Baling yang masih banyak tidak diterokai.

"Riadah seperti ini bukan sahaja untuk pertandingan malah ia juga dapat dijadikan aktiviti berkeluarga yang sihat," ujarnya yang bercadang untuk membawa satu lagi acara sukan lasak ke Baling penghujung bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zuhur 1:27
Asar 4:49
Maghrib 7:24
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.