saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/07/2009

Deja Moss buka restoran


Deja Moss


WAH! Lama tak dengar berita Deja Moss, tiba-tiba Joyah mendapat SMS memberitahu penyanyi ini membuka sebuah restoran. Tahniah buat Deja Moss yang sudah melebarkan sayapnya ke bidang perniagaan makanan.

Selama ini pun terutama menjelang Hari Raya, penyanyi ini tak menang tangan melayan kehendak pelanggan untuk kek lapis Sarawak yang popular itu.

Nampaknya sekarang Deja sudah ada kafe sendiri. Cafe Hadeeja baru sahaja dibuka di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor. Ia dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Kata Deja kafe ini dikongsi dengan kawan baiknya iaitu Anuar Zain.

Banyak makanan yang disediakan dan sebagai orang Sarawak, tentunya makanan Sarawak menjadi menu utamanya.

Antara yang disediakan di Cafe Hadeeja tentunya laksa Sarawak, mi kolok dan nasi daging hitam yang sememangnya menjadi antara hidangan utama keluarga Deja.

Semua makanan ini dimasak sendiri oleh Deja.

Dan sudah semestinya kek lapis Hadeeja yang terkenal itu turut menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Cafe Hadeeja.

Seawal pukul 7 pagi dia sudah ke pasar dan pukul 10 pagi makanan sudah tersedia untuk dinikmati.

Jadi kepada sesiapa yang mahu menikmati hidangan orang Sarawak, bolehlah menjamu selera di kafe Deja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.