saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/07/2009

Turki haramkan merokok di tempat awam

ANKARA 19 Julai - Turki hari ini mula bebas dari asap rokok selepas kerajaan memperkenalkan pengharaman tabiat buruk itu di bar, kafe dan restoran walaupun mendapat tentangan dari pemilik premis.

Usaha untuk mengekang 'ketagihan negara' terhadap nikotin itu disokong kuat oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang memang membenci tembakau dan pengharaman merokok mula berkuat kuasa tengah malam tadi ketika bekas abu rokok dialihkan dari meja makan dalam premis terlibat dan perokok duduk di luar untuk merokok.

"Pepatah 'merokok seperti orang Turki' kini menjadi perkara masa silam," demikian tajuk utama akhbar harian Radikal pada muka depannya, menyamakan pengharaman itu dengan satu 'revolusi' di negara yang mana rakyatnya boleh menghisap rokok di dalam bas 15 tahun lalu.

Akhbar Aksam pula meletakkan tajuk ringkas 'Tamat' di sebelah gambar seorang perokok yang sedang menghembuskan asap.

Langkah yang dimulakan hari ini adalah lanjutan daripada pengharaman merokok di tempat kerja dan ruang dalam tempat awam yang menurut Menteri Kesihatan, Recep Akdag, dapat mengurangkan kadar merokok sebanyak 79 peratus sejak ia diperkenalkan.

Menurut statistik rasmi, seorang dari setiap tiga orang dewasa di Turki merokok, satu kadar yang mencapai 48 peratus di kalangan lelaki sekali gus menjadikan negara itu mendapat tempat ke-10 dalam penggunaan tembakau di seluruh dunia.

Tinjauan terbaru menunjukkan terdapat sokongan masyarakat terhadap pengharaman tersebut. Penyelidikan yang dibuat oleh Quirk Global Strategies bulan lalu mendapati 95 peratus daripada 600 orang menyokong langkah berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik bar dan kafe telah lama menentangnya kerana ia didakwa membawa kerugian ketika masalah ekonomi masih dirasai.

Permintaan mereka untuk mengadakan ruangan merokok dan penangguhan dalam pelaksanaan pengharaman telah ditolak oleh kerajaan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.