saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/07/2009

BN mungkin hantar petisyen cabar keputusan

KUALA LUMPUR 19 Julai – UMNO mengkaji kemungkinan menghantar petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, yang dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil 65 undi.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, parti itu kini sedang memperhalusi langkah tersebut bersama Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohamed Hafarizam Harun.

‘‘Saya tidak menolak kemungkinan itu (petisyen), tetapi perkara ini akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

‘‘Saya tidak mahu mendahului pemimpin tertinggi UMNO, tetapi Barisan Nasional (BN) masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian dan kita sedang memperhalusi perkara tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Memperkasakan Perpaduan Melalui Penerangan di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas dakwaan wujudnya sedikit keraguan terhadap keputusan pilihan raya di Manek Urai apabila beberapa pihak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap mengumumkan keputusan undi bagi kawasan Manek Urai Lama.

Desas-desus wujud keraguan keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama timbul apabila BN sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi, tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah baru-baru ini.

Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil Selasa lalu, sedangkan jika mengambil kira undi 289 di Manek Urai Lama dan undi pos, BN menang kira-kira 42 undi.

Keputusan pilihan raya kecil tersebut menyaksikan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi, manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi, manakala sebanyak 117 undi rosak.

Mengulas lanjut, Ahmad mengesahkan, beliau telah diberitahu mengenai kekeliruan itu.

Sementara itu, bercakap mengenai agenda penerangan, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, rakyat kini telah kembali memberi sokongan kepada UMNO dan BN.

‘‘Saya telah turun memberi penerangan di 20 buah UMNO bahagian di seluruh negara dan rakyat semakin menerima pendekatan kerajaan.

‘‘Hasilnya telah diperoleh di Manek Urai apabila BN berjaya menarik sokongan pengundi di kubu kuat Pas,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.