saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 21/07/2009

Kematian di jalan raya ragut 6,845 nyawa

KUCHING 20 Julai - Sebanyak 6,845 kematian yang dicatatkan di jalan raya di seluruh negeri tahun lalu berpunca daripada kecuaian pemandu dan pengguna sendiri.

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 2,886 adalah penunggang dan pembonceng motosikal manakala selebihnya adalah pengguna kenderaan seperti kereta, van, bas dan sebagainya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, sikap cuai pengguna jalan raya merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kes kemalangan maut di negara ini.

Katanya, biarpun sudah banyak langkah diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan maut seperti kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan undang-undang, kes-kes kemalangan terus meningkat dari tahun ke tahun.

''Sudah banyak usaha dan cara yang kerajaan gunakan bagi mengurangkan kes kematian di jalan raya, namun hasilnya tetap mengecewakan.

''Usaha kerajaan dan agensi-agensi berkaitan seolah-olah tidak begitu membantu dalam mengurangkan bilangan kematian di jalan raya di negara ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama sebelas persatuan dan syarikat pengangkutan awam Kuching di sini.

Hoi Chew mengambil contoh kempen penggunaan tali pinggan keselamatan tempat duduk belakang yang sehingga kini masih tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.

Setakat ini katanya, hanya 30 peratus pengguna mengamalkan pemakaian tali pinggang keselamatan tempat duduk belakang di seluruh negara.

Kekecewaan beliau juga merujuk kepada sikap pengguna jalan raya yang hanya mematuhi undang-undang kerana takut di saman oleh pihak-pihak berkuasa dan bukannya atas kepentingan keselamatan diri dan penumpang.

''Mereka (pengguna jalan raya) sanggup mengabaikan nyawa diri sendiri dan penumpang daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.